Semalam pi makan chicken chop di Fiske Steakhouse. Ianya bertempat di Medan Selera AU2, Taman Keramat. Ianya berhadapan dengan kilang Sapura. Ianya dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan beroperasi from 6 petang hingga 12 tengah malam. Nak tahu lebih lanjut boleh call 017-212 1649.
Kalau nak pergi make sure awal-awal ya sebab parking kat sini susah sikit. Kalau tak ada kat area ni kenalah parking kat kawasan perumahan. Jom kita tengok menu kat sini.
Yang ni berasaskan ayam, kalau rasa lapar sangat apa kata cuba mix grill. Bukan setakat ayam, kambing dan lembu pun ada. Anyway saya recommend cuba special chicken chop grill.
Anyway suka ikan. Pilihlah yang mana satu berkenan di hati ya. Sorry, dah ambil menu untuk lamb chop tapi tak clear. Spaghetti kat sini pun ada.
Kalau tak nak makan yang western, cubalah nasi, asam pedas pun sodap.
Sate pun ada, memang perfect le kat sini. Nak starter boleh cuba mushroom soup with garlic bread. By the way, harga kat sini berpatutan. Sebab tu le ramai yang datang ke Fiske Steakhouse.
Ramai juga cuba dessert, bread butter pudding. Harga minuman kat sini memang OK. Jom kita tengok apa yang kami order.
Special chicken chop grill memang sedap. Harganya ialah RM14. Bukan setakat ayam yang dipanggang tapi spaghetti juga diberi semangkuk. Ayamnya yang sungguh lembut dan rasanya yang sangat sedap. Ditambah pula dengan sos lada hitam, menjadikan hidangan ini sungguh sempurna. Memang portionnya yang mengenyangkan dan oleh itu saya bagi rating 8.7 out of 10.
Tengoklah daging ayam yang empuk, setiap gigitan memberikan pengalaman yang sukar dilupakan. Ini sudah pasti bukan kali terakhir kami di sini. Ada kesempatan, sudah pasti dituju lagi.
Spaghetti creamy mushroom pula adalah menu pilihan Afiqah. Harganya memang sungguh berpatutan @RM6.90. Quite simple but sedap. Ada hirisan ayam dan kuahnya sungguh pekat. Tapi sayang tak ada pula hirisan mushroom, kalau tidak memang dah perfect. Anyway, yang ni saya bagi 8.1 out of 10.
Memang kepekatan kuah spaghetti menjadikan hidangan ini sedap tapi sesetengah orang maybe tak suka sebab rasa muak sikit.
Jom tengok menu yang seterusnya iaitu breaded chicken chop (deep fried) @RM11.90. Memang ayamnya yang lembut dan kacang panggang menjadikan makanan ini sedap tapi tak le sampai sangat sangat sedap. Maybe disebabkan makan chicken grill menjadikan hidangan ini biasa aja tapi not bad. Oleh itu saya bagi 7.9 out of 10.
Ni fries @RM3.00 satu pinggan. Tak garing sangat but OK. Hmmm, apa lagi nak citer mengenai kentang goreng ya. Tak payah citer apa-apa le.
Chocolate Oreo Ice blended @RM4.90 menarik perhatian Afiqah. Dia nak cakap juga yang kat pasar malam harganya RM2.50. Yang ni memang sedap dengan kelembutan ice blended dan cream yang sedap. Adunan ini menjadikan minuman ini bukan sekadar menghilangkan dahaga tapi kenikmatan yang kita kecapi dengan air ini. Afiqah cakap nak bagi 10 out of 10 tapi 8.5 kiranya OK le ya.
Yang ni pula coconut yogurt mango @RM4.90. Memang saya suka dengan benda alah ni tapi ianya sangat sejuk apabila masuk dalam tekak. Maybe next time kena order air buah-buahan. Kena ambil menu ini perlahan-lahan ya. Tapi masa minum tak terasa sangat coconut. Apa-apa pun yang ni 7.6 out of 10.
Kalau nak air suam or air masak boleh ambil sendiri kat luar ya, ada disediakan.
Ni le sijil tukang masak or tokey Fiske Steakhouse. Encik Shamsul Kamal sebelum ini bertugas di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur sebagai "chef de partie" iaitu chef yang bertanggungjawap untuk mengendalikan sesuatu bahagian. Di bawahnya ada beberapa orang pembantu dan tukang masak.
Seorang lagi adalah Nur Azlina juga bertugas di Shangri-La Kuala Lumpur sebagai executive pastry chef. Alah yang buat dessert dan juga pastri le.
Semuanya untuk hidangan kat atas tu adalah RM47.80. Memang saya dah cakap tadi ianya berpatutan. Lupa nak cakap yang masa yang diambil untuk mendapat hidangan ini tak lama. Tak sampai 5 minit semuanya sudah tersedia. Makanan sampai dulu jika dibandingkan dengan air.
So apa kata malam ini datanglah menjamu selera di Fiske Steakhouse @Taman Keramat or boleh baca entri reenaonline mengenai pengalamannya menjamu selera.
9 comments:
Alhamdulilah, dah selamat makan dekat sini ye :)
wah, hot stuff nih...
mesti kena cuba~!
nampak sedap. teringin nak cuba...
Memang harga boleh considered murah juga, so berpatutan dan nampak mmg sedap.. Kalau ada pergi area sana, boleh juga try nanti.. :)
coklat oreo shake tu nampak menarik bro
oreo ice blanded.. nampak best!!
semua nmpk menyelerakan..harga pon berpatutan,,,baguslah...nanti boleh ler try... huhu
fuh, kira murah juga tu.
Alhamdulillah.... Kenyang... Tapi dia nyer makanan tak bape sangat kot... Rating 6 dari 10;)) sbb krim terlalu pekat, ikan agak masin tak jumpa rasanya dengan spaghetti tuh
Post a Comment