Pages

Tuesday, December 11, 2012

Jom Jumpa Dr. Hasmawati di Klinik Pakar Wanita & Kanak-Kanak @Desa Melawati

Baru-baru ini pergi ke Klinik Pakar Wanita & Kanak-Kanak di Desa Melawati. Bawa Afiqah since demam on and off selama lebih kurang 1 minggu. Risau juga since bawa kat klinik biasa tak ada effect walaupun dah ambil antibiotik.
Jumpa le dengan Dr. Hasmawati, memang orangnya baik. Sebelum ini pernah jumpa beliau masa anak-anak kecil lagi. Anyway Dr. Hasmawati ni dulu kat Hospital Damai, sekarang ni dah ada klinik sendiri. Anyway doktor bagi ubat untuk buang air besar dan masukkan ubat dalam dalam bontot, then suhunya turun.

Then bagi antibiotik Augmentin.
Ni le rupanya antibiotik Augmentin yang berwarna putih yang sudah dibancuh. 
Cakap kat Dr. Hasmawati, sebelum ini klinik ada bagi antibiotik colour pink. Then doktor cakap kenalah bagi antibiotik yang baik. Maybe itulah bezanya kot.
Tak sangka kos perubatan kat Klinik Pakar Wanita & Kanak-Kanak, Desa Melawati ni sangat berpatutan. Tak sampai RM100. Biasanya consultation kat klinik pakar paling kurang RM100. Dengar cerita daripada member, Dr. Hasmawati ni buka klinik bukan untuk jadi kaya raya tetapi niat beliau untuk membantu masyarakat. Memang sungguh mesra dan baik doktor ni. ada sesiapa yang pernah ada pengalaman jumpa doktor Hasmawati?

So kalau anak-anak sakit ke apa kata lain kali boleh singgah Klinik Pakar Wanita & Kanak-Kanak di No. 21, Jalan 2/4C, Desa Melawati, 53100 Ulu Klang, Kuala Lumpur. Boleh gak telefon 03-4105 1962 untuk makluman lanjut.

Klinik ni dijalankan oleh Dr. Hasmawati Jalaludin dan waktu operasi:
  • Isnin-Jumaat: 9.00 pagi-1.00 petang dan 3.00 petang-6.00 petang
  • Sabtu: 9.00 pagi-1.00 petang
  • Ahad / Cuti umum: Tutup

13 comments:

vidalsisah said...

Sakit anak2 ni xleh di biar berlarutan... bahaya, bleh efek mcm2

Anonymous said...

augmentin mmg antibiotik yg kuat...

tpi sebenarnya kat mana2 klinik biasa pun ada simpan Augmentin ni termasuk hosp kerajaan, cuma mereka akan bagi lepas antibiotik biasa tak berkesan dan atas special request dr patient..

chue blueberry said...

salam kak , klinik nie kat areaa mane eh ? dekat ngan ape jeee ... dah puas pusing2 area melawati tapi tak jumpa pun ...

Sharinginfoz said...

Chue: ianya tepi jln sebelum naik flyover. Kalau ada masalah blh call diaorang

faiz ff said...

better buat appointment dulu x?ke x payah?

Sharinginfoz said...

faiz: rasanya tak perlu buat appointment

nur faezah said...

Hi

mia sara said...

Kalau nak pregnant blh x gi jmpa?

Kinaa Shakinah said...

Malam tak buka ke? Sebab siang kerja

Ardini Ikhwan said...

Knpa call tak dpt2

♥shahirah♥ said...

Assalamualaikum.

Saya mahu bertanya. Klinik ini Dr perempuan kan? Sebab saya kalau boleh nak cari klinik Dr perempuan :/

Sharinginfoz said...

shahirah: doc wanita tapi dah pindah

Unknown said...

pindah mana ya? bru nak pegi. Ada alamat tak