Pages

Saturday, December 1, 2012

Jom Pesta Durian di Janda Baik

Baru aja balik from teambuilding kat Janda Baik, Pahang. So sebelum balik ke KL, kitaorang ada majlis makan-makan durian. Habis dua raga besar makan durian. Ada le antara 30-40 orang makan. Satu raga durian D24 dan satu lagi durian musang king.
Memang kenyang betul makan durian ni especially ngan durian musang king.
Lepas satu-satu durian dibuka. Bak kata orang habis isi kulit dan biji dibuang, itulah peribahasa berkaitan dengan durian.
Inilah rupa durian musang king. Satu biji hanya terdapat beberapa ulas aja.
Tengoklah tokey durian sedang "merobek" buah durian tu. Kitaorang just makan aja.
Inilah rupanya durian musang king tapi ianya tak sama dengan yang kitaorang makan kat Bentong yang mana isinya lagi lembut dan lemak.
Biji durian musang king memang kecil dan ianya kecut.
Sedap kan benda alah durian ni especially kalau makan ramai-ramai. Semua sekali termasuk dengan buah manggis dan pisang yang berwarna merah adalah RM486. Not bad juga makan lebih daripada 30 orang.
Banyaknya buah manggis tak larat nak makan, ada yang bawa balik rumah.

8 comments:

Daddy Zuki said...

syukur dpt makan buaha2an tempatan pd kadar yg murah.

P.S. Blog sy yg ada dlm link exchange abg tu dah luput. Harap padamkan yg tu dan tukar kpd yg baru, ok? Tqvm.

Luput: www.jukdin.com (Daddy Zuki: Once Upon A Time In Haiti)
Baru: jukdin.blogspot.com

✿A I N A A✿ said...

okay saya dah muak dengan durian... huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... nanti dah habis musim, rindu kat durian pula.. hukhuk

vidalsisah said...

Ya Allah, bestnya. Kalo akak la buat selalu pon takper program cenggitu. Mesti sronok giler kan.

Ladfe Amir said...

durian sebakul tu berapa ringgit harganya?

Sharinginfoz said...

ladfe amir: alamak sorry le tak tahu le pula pecahan sebab semuanya RM486, dua bakul durian (D24 dan musang king), manggis dan pisang

cimon said...

Perghh...besok aku nak manggis tuh kat opis. (^_^)

anyss said...

Assalamualaikum,
Alahaiiii...menderita jiwa tiap kali nengok durian

nairaariaa said...

sedapnye durian..yang kuning lemak2 tu sedap..huu =)