Pages

Monday, December 31, 2012

Makan Malam di Santai Place

Tak tahu nak makan mana? Apa kata singgah kat Santai Place.
Ianya terletak di Batu 8 1/2, Jalan Gombak. Budak-budak UIA mesti kenal dengan tempat ni. Ianya beroperasi from 2 petang hingga 2 pagi. Cubalah call nombor telefon kat atas untuk mengetahui lebih lanjut.
Tempat ni semakin besar, dahulu tak banyak sangat meja. Anyway kalau tak silap ianya muat untuk 80 orang pada sesuatu masa.
Yang ni ketam masak merah tapi tak pedas sangat, ianya sedikit masin tapi not bad juga. Tak sure berapa harga pula untuk dua ekor ketam ni. Ketam ni secara keseluruhan saya bagi rating 7.2 out of 10. Ianya tak begitu fresh tapi OK gak. Jauh gak beza from ketam di Seri Mesra @Port Dickson.
Sup ayam ni memang sedap, tak macam sup biasa. Suka ngan rasanya yang masam seperti kuah mee celup, ada taugeh gak. Afiqah memang suka sangat especially dengan kuahnya. Oleh itu saya bagi rating 8.1 out of 10.
Telur dadar dua biji ni boleh tahan juga walaupun tak begitu garing. Ianya ada bawang tapi saya tak prefer sangat ngan benda alah onion ni. Hmmmm, kalau bagi 7.6 ok tak?
Kailan ikan masin ni OK gak dengan kailan yang tak begitu layu, ianya dimasak tak begitu lama. Apa lagi nak cerita mengenai benda alah ni, mesti rasa ikan masin le. 7.9 le yang ni. 
Sambal belacan memang OK tapi timunnya dipotong tebal. 
Alamak nasi pun nak tunjuk juga kan?
Fries ni OK tak le macam fries kat MCD yang mana masin. Kentangnya yang tebal memang sedap campur dengan sos dan mayonis.
Air buah-buahan dan milo menjadi pilihan kami malam ni. Guess what makan malam semuanya RM36. Memang sangat berpatutan. Actually RM36.20 tapi kira mudahlah. Memang tak berkira sangat diaorang. Secara keeluruhan saya syorkan tempat ini dengan environment yang OK dan harganya yang reasonable.

So bagi yang tinggal berdekatan, singgahlah di Santai Place @Jalan Gombak.

7 comments:

siti rokiah said...

wahhhh murahnya, sebab ada ketam 2 ekor dan lain lain hanya rm36, kat danau kota pun selalu akak beli ketam sekor masak lemak cili api dan rm8.00, wahhh boleh terjah ni, tak jauh pun dari danau kota

Murni Alfathunnisa said...

yup. murah jugak price dia..walaupun ada ketam tu. ingatkan kurang2 pun dah cecah rm50.

Rabia Sensei said...

Santai Place? Saya budak UIA pun tak tahu tempat ni. Haha! Dah lama habis belajar. In shaa Allah, kalau ada masa bolehlah pergi jalan - jalan makan =D

Hazmin Hamudin said...

Wah.. Macam murah dah harga tu dengan ketam 2 ekor lagi kan..

CIK TOM said...

blh gi terjah nanti sbb adik ciktom stay kt stesen lrt gombak tue..hee..

mmg murah rm36 je..

hazman aka species1980 said...

memang suka tengok warna ketam masak merah nie... menggoda betul laaa

titan said...

sambal belacan tu nampak macam sedap aje..