Pages

Monday, December 10, 2012

Ada Apa di Muzium Coklat @Kota Damansara

Pernah dengar mengenai Muzium Coklat? Kalau tak, apa kata saya cerita sedikit sebanyak mengenai Muzium Coklat yang terletak di Lot 2, Jalan Teknologi 3/4, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Boleh call 03-7491 4460 untuk maklumat lanjut.
Kalau nak pergi boleh tengok peta ni. Ianya terletak di kawasan kilang. Anyway Muzium Coklat ni dibuka setiap hari termasuk hari minggu dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.
Masuk aja pintu muzium tu terus Danish dan Afiqah bergambar dengan si lembu Hershey's yang cute tu. Mula-mula sebelum masuk muzium ingatkan coklat Danson aja, so bila tengok si cow tu, nampak gaya ada le coklat-coklat lain ya.
Ni le rupanya buah koko tapi dalam versi besar. Isinya macam isi buah manggis le pula.
Entah mesin apa le ni tapi di dalamnya ada coklat yang cair.
Ni le rasanya mesin yang digunakan untuk buat coklat or mesin yang menggerakkan coklat yang sudah siap.
Agak-agaknya apa benda ni?
Ada juga demonstrasi buat coklat. Kitaorang tak tunggu sampai habis.
Inilah antara bahan-bahan yang digunakan untuk buat coklat termasuk kacang, buah-buahan dan kopi.
Dah habis ke benda-benda yang ada dalam muzium? Ada le sikit lagi. Memang tak banyak sangat ada dalam muzium. Yang banyaknya adalah coklat. Jom kita tengok kedai jual coklat. Macam-macam ada.
Masa kitaorang pergi masih awal, so tak ramai sangat pengunjung. Ok juga.
Fererro Rocher memang jenama coklat yang tak asing lagi. Untuk yang 30 biji, kat sini dijual dengan harga RM30. Survey kat Tesco dan Carrefour, harganya melebihi RM45.
Ada sapa-sapa suka ngan Toblerone?
Nak juga bergambar di hadapan coklat Daim. Kat sini dijual dengan harga RM22 untuk satu pack. Of course tak boleh nak compare dengan harga di Langkawi @Kedai Haji Ismail.
Hershey's pun sodap. Memang Afiqah suka betul ngan benda alah ni.
Danson adalah salah satu daripada coklat yang dibuat di sini. Memang local made, so beli 3 dapat 1 percuma.
Yang ni memang sedap, RM7 satu bar, suka yang colour kuning tu. Yang OKnya coklat ni, bila keluarkan dalam peti sejuk, boleh dimakan terus tak perlu tunggu lama seperti sesetengah coklat.
Ni Danson juga. Anyway jenama lain yang dibuat di sini adalah Fidani. Alamak satu jenama lagi lupa le pula.
Ni le hasilnya setelah pi Muzium Coklat.
Semua sekali adalah RM73. Antara coklat yang sedap adalah keluaran Loacker, Creme Noisette dan Loackini. Anyway sesetengah daripada coklat di sini dijual dengan harga kilang tapi yang import tu tak le ya tapi rasanya masih murah jika dibandingkan dengan harga kat kedai di luar except kat Langkawi le ya.

16 comments:

Rozita Ceritaita said...

menarik... saya dah masukkan senarai kena pergi ni..lebih berbaloi dari bayar tambang ke langkawi..hihi..

HeNRieTTa JoSe said...

yummy.....rietta suka coklat....nnti ada rezki nk ke sana....

icee-yah said...

tak sbr nak pergi beli choc loackers banyak banyak:)

Farid Adam said...

boleh try la nanti...nampak macam sedap je...

p/s: sangat suka coklat Daim...sedap!

- www.FaridAdam.com -

cikgunurulizza said...

Woww.tak oernah sangka ada muziumcoklat..

velasrizal said...

kene dtg gak sini nti

Unknown said...

macam lebih kepada kedai jual coklat jerk daripada muzium.. hehe, satu hari nanti nak pi sini jugak lah...

✿INA AINAA✿ said...

perghhh sedap gila cokolat.. ena memang suka sgt cokolat, cuma tak suka combination cokolat dengan mint.. eeewwww... ni muzium dari mana dtgnya cokolat ye?? hehe...

Unknown said...

waa bestnyer...nak kena pergi ni..saya memang peminat tegar coklat..

juadah said...

Dah dekat dgn umah ni. nak pegi juga la muzium nih. Tapi coklat langkawi mmng lagi murah le. Sya setiap kali blk langkawi mesti beli coklat sana

mama leen said...

wah bestnya ni... baru tahu

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Wah, wajib pergi ni.

Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

Ain-chan said...

berapa bayaran masuk?

Sharinginfoz said...

ain-chan: masuk free aja

Cik Putih said...

wowww...bestnyer..nk prgi lah nnti.. chocolate galaxy ader tak kat saner...

Unknown said...

Ferero roche ade jgk ?