Pages

Tuesday, December 25, 2012

Jom Breakfast di Pak-e Corner @Port Dickson

Cuti sekolah tahun 2012 tinggal beberapa hari lagi. Kami menghabiskannya di Port Dickson. Pagi-pagi lapar le pula so singgah le di Pak-e Corner yang terletak di Jalan Teluk Kemang.
Keadaan dalam restoran ni memang cantik dan kerusinya pun menawan hati dan tersusun rapi dan kemas.
Tak susah nak cari ianya terletak di tepi jalan dan ada signboard.
Jom cuba nasi lemak telur goreng di Pak-e Corner. Ada papadom le pula dan sambal ikan bilisnya sedikit masam disebabkan terlebih asam jawa kot. Nasinya sedikit lembik tapi secara keseluruhan bagi saya bolehlah ya.
Roti canai memang makanan kegemaran Danish, garing juga.
Yang paling best ialah roti canai telur. Memang sedap disebabkan ianya garing dan lembut juga rotinya.
Tapi sayang kuahnya sedikit cair kalau tidak memang perfecto.
Afiqah kalau makan roti canai mesti yang telur. Anyway secara keseluruhan makanan kat sini bolehlah tapi yang expect lebih-lebih tak bolehlah ya. Tapi keadaan susun atur restoran ni memang cantik dan selesa. So kalau datang ke Port Dickson jangan lupa singgah di Pak-e Corner dan order roti canai telur ya.

3 comments:

titan said...

wah, ada nasi lemak. bak sikitt..

✿A I N A A✿ said...

sedapnyaaaa roti canai telur.. my FAV!!!! baru lepas lunch, tengok gambar2 ni terus lapau lek

Syaifuddin Alias said...

kecorrr ayaq liuq ni..haha