Pages

Saturday, December 22, 2012

Not Bad Cerita The Hobbit

Petang tadi pi The Mines so sempat le tengok cerita The Hobbit. Secara keseluruhan memang enjoy tengok movie ni. Lama juga tayangan ni lebih kurang 2 jam 45 minit. Rasanya ramai dah menonton cerita ni. Masa pi tengok pun, penuh wayang.

Sinopsis The Hobbit lebih kurang macam ni le ya. Ianya mengisahkan budak kampung, Bilbo Baggins mengikuti Thorin Oakenshield dan kawan-kawan untuk mengambil kembali emas yang telah dirampas oleh naga.

Sepanjang perjalanan banyak pertempuran dan halangan telah mereka alami. Bilbo Baggins berjaya menambat hati Thorin Oakenshield yang sebelum ini tidak percaya akan kemampuan Bilbo dan sering merasakan Bilbo adalah beban bagi perjalanan mereka.

Anyway, saya rasakan at least dua atau tiga siri lagi sebelum cerita The Hobbit ni tamat. Dalam siri pertama ini pun, mereka belum sampai lagi ke tempat naga tersebut. Bagi yang dah biasa tengok The Lord of the Rings, mesti tahu mengenai watak-watak dalam cerita Hobbit ni. So bagi yang dah tengok, apa pandangan mengenai cerita Hobbit?

2 comments:

afifudinsohaini said...

endingnya buat aku bengang sikit..sebaek memang dah tau ada sambungan..hehe

✿A I N A A✿ said...

ish ena cerita twilight pun tak lepas2 lagi tengok.. ni yg nak nangis ni.. ='(