Pages

Sunday, December 2, 2012

Hotel Murah di Melaka

Hari tu masa pi Melaka, kitaorang stay kat Hotel Mesra Mutiara. Dapat tahu mengenai hotel ni adalah from eyriqazz @Hotel Mesra Mutiara, Melaka. Murah ke hotel ni? Bagi saya ianya berpatutan. Yalah untuk lepak-lepak aja, bukannya 24 jam nak dok dalam hotel kan?

Anyway alamat Hotel Mesra Mutiara adalah No. 1-9, Jalan PM 13, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, 75000 Melaka. Nak tahu lebih lanjut boleh call 06-282 6520.

Kitaorang menginap di bilik Keluarga Jenis B, 1 queen dan 2 single. Published rate adalah RM130 tapi kitaorang dapat RM120 untuk satu malam.
Ni le rupanya katil queen. Bolehlah kan untuk tidur.
Katil single double-decker. 
Ada gak TV walaupun tak ada siaran Astro. Bukan nak tengok TV mana sangat kan? 
Dalam toilet pula, ada water heater, selipar jepun dan baldi besar dan gayung. Kalau tak nak guna shower, bolehlah mandi guna gayung ya.
Bila sampai kat tempat penyambut tetamu, diaorang bagi towel 3 helai dan sabun tiga ketul.
 Aircond pun ada ok le kat, bila penat-penat jalan, bolehlah buka aircond.
Ni le pemandangan dari luar hotel. Hotel sebelah kiri tu adalah hotel milik Felda, kalau tak silap kadarnya adalah RM300++ termasuk ngan breakfast kot untuk family.

Kalau pi Melaka, jangan lupa melawat tempat-tempat menarik di Melaka dan jangan lupa beli kupon untuk parking ya.

4 comments:

✿A I N A A✿ said...

no bad!! boleh la sewa hotel ni sebab ena rancang nk ke melaka.. so papehal kena cari tempat penginapan... hehehe

siti rokiah said...

ok jugak harga2 yang dipaparkan, tapi selalui kalau musim cuti, cepatnya penuhnya

vidalsisah said...

Akak slalu dgr citer yg apartment2 kat Melaka ada masalah air, betul ke?

Hotel di Bandung said...

Terimakasih untuk informasi Hotel Murah di Melaka, kebetulan saya lagi membutuhkan informasi hotelyang murah di Melaka