Pages

Tuesday, November 27, 2012

Tempat Menarik di Melaka

Sebut aja pasal Melaka, memang banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Tak tahu nak mula kat mana sebab banyak sangat tempat yang menarik. Sebelum saya bercerita panjang, nak share peta yang saya dapati from Pusat Pelancongan Melaka.

Yang ni ialah peta Bandar Melaka.
Yang ni pula peta Melaka pula. Kalau nak redah semua tempat ni rasanya dalam seminggu tak habis kot. Jom kita tengok antara tempat menarik di Melaka.
Tempat-tempat menarik di Melaka:
  • River Cruise: Tak asing lagi bagi pelancong sama ada dalam negeri ataupun luar negeri. Apabila menaiki river cruise kita dapat lihat tempat-tempat menarik yang lain terdapat di bandar Melaka dengan hanya duduk relaks dalam boat ni. Masa yang diambil lebih kurang 45 minit. Memang berbaloi especially kalau kita naik waktu malam.
  • Zoo Melaka: Sungguh sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Pelbagai jenis haiwan ada di sini. Nak lagi seronok, apa kata lepak-lepak waktu malam kat Zoo Melaka ni. Boleh juga tengok persembahan haiwan dan juga burung. Kalau letih apa kata naik tram.
  • Menara Taming Sari: Satu menara yang cukup tinggi yang mana ianya berputar dan bergerak dari bawah hingga ke atas. Bila sampai aja kat atas, kita boleh lihat Bandar Melaka dengan jelas. Again, pi le waktu malam baru seronok.
  • Beca berhias: Tempat kita boleh naik ialah di area Taming Sari. Memang cukup menarik dengan hiasan yang cantik dan sambil-sambil naik beca, boleh dengar muzik, tak kira muzik zaman dahulu ataupun yang moden. Boleh kot request lagu from pengayuh beca. Kalau tengok beca waktu malam kita akan rasa lebih seronok.
  • Ikan Bakar Parameswara: Kalau lapar jangan lupa singgah di Umbai yang mana letaknnya lebih kurang 13 kilometer from Bandar Melaka. Harganya berpatutan dan sesuai untuk sekeluarga menikmati hidangan dan juga spend masa bersama-sama keluarga tersayang.
  • Muzium Samudera @Maritime Museum: Ingin mengetahui mengenai sejarah berkaitan dengan laut, tempat ini paling sesuai. Boleh tengok kapal yang besar dan merasai sendiri pengalaman berada di dalam kapal. Macam tengok citer Titanic le pula. Ambil le gambar seberapa banyak yang mungkin untuk dikongsi dengan mereka yang tak berkesempatan melawat Melaka.
  • Istana Kesultanan Melaka: Boleh le datang sini kalau nak tengok macam mana rupanya istana Melaka dan juga tempat beradu sultan. Banyak sejarah yang boleh dipelajari. Senjata-senjata di zaman dahulu juga dipamerkan di sini untuk generasi sekarang dan juga masa hadapan.
  • Kota A-Famosa: Siapa tak kenal dengan kota ini. Banyak sejarah yang disimpan di sini. Kota yang cukup megah dan tempat yang perlu dilawati oleh semua yang berkunjung ke Melaka.
  • Mini Malaysia dan Mini Asean: Tak perlu melawat seluruh Malaysia untuk mengetahui bangunan-bangunan yang terdapat di Malaysia. Di sinilah tempat untuk kita lepak-lepak.
Actually banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada di Melaka. So apa lagi, sesi tambah-menambah. Coretkan sedikit-sebanyak di ruangan komen bagi berkongsi mengenai tempat menarik di Melaka.

Anyway boleh tengok gak mengenai tempat menarik di Melaka kat blog eyriqazz. Boleh juga tengok kat ohdestinasiku

11 comments:

Nurul Ain said...

dah lama tak g melaka

vidalsisah said...

Jgn lupa ke perigi hang tuah ya. kata org airnya boleh buat kita jd awek muda... hehee betul ke?

Zura Zue said...

dlm byk2 senarai tue pnah pergi river cruise, mini malaysia..itu pun mase kecik dulu pegi..

Eliss Mie said...

baru balik melaka hari tu. kalau pegi jalan2 syok la jugak, ni pegi kerja jer..huhuhu

SURIA AMANDA said...

semua tempat tu SA suka pi...

jaakechik said...

info yg bagus ni, jaa pon awal tahun depan nak ke melaka.... jenjalan bersama keluarga..hihi..

FiZ said...

thanx for d info.tak sabar nk pergi melaka next week.hehe

Homestay Kesidang said...

Melaka mmneg bnyk tempat menarik. Lebih menarik kalau dapat diskaun utk tiket masuk. Kalau nak diskaun tiket River Cruise dan Zoo Melaka contact saya.

bukit gambang said...

teringin nak gi melaka ni, bila la dapat pegi..huhu

asrulz illa said...

heyyy hang jebat.... kau tgu esok aku nk datang... haha

Salwa Sara said...

menarik, buat info nak pergi bercuti ke melaka..

jemput singgah & follow blog saya http://sascima78.blogspot.com/

mekasih