Pages

Sunday, November 4, 2012

Jom Flaming Steamboat Buffet @Setapak

Cari-cari tempat makan steamboat jumpa le kat blog eyriqazz so apa lagi pi ler terjah semalam.
Sebelum bercerita, sorry le banyak gambar dalam entri kali ini mengenai Flaming Steamboat Buffet kat Setapak. Lebih 20 keping saya letak untuk tatapan semua. Anyway untuk dewasa harga buffet adalah RM26.90 before tax dan kanak-kanak @4-10 tahun ialah RM9.90.
Kalau nak tahu harga untuk dewasa kalau datang ramai-ramai bolehlah tengok sini ya. Kalau datang satu family besar @20 orang ianya RM564.90. Kalau bawa satu kampung pandai-pandai le kira ya.
Anyway kalau hari minggu, ada masa tertentu, i.e. lebih kurang 2 jam untuk satu sessi. Yalah takkan nak lepak from 5 petang-12.30 pagi. Orang lain pun nak makan juga. Kalau hari-hari biasa, dok le sini puas-puas ya.
Ni le antara makanan ada kat Flaming Steamboat Setapak. Ayam ada jangan risau ya.
Steamboat tak sah kalau tak ada udang dan ketam kan?
Sayur jangan lupa ya, baik untuk kesihatan.
Bukan sekadar steamboat, dessert pun ada. Makan le ya buah laici.
Kanak-kanak sure suka dengan coklat fondue ni.
Ni le antara sos yang disediakan. 
Actually memang banyak ada ianya diletakkan dalam fridge.
Makanan yang dah siap sedia pun ada, siapa nak makan ayam goreng?
Kalau tak nak makan steamboat, mee goreng pun ada tapi bukan migorengpedas ya.
Hantam le apa yang anda suka.
Nasi goreng ni boleh tahan juga, so mengenyangkan apabila dimakan bersama steamboat.
Entah berapa kali Danish dan Afiqah ambil aiskrim ni.
Tak terlepas bapanya pun ambil aiskrim.
Ni air yang dah siap dibancuh. Air masak dan soft drink pun ada.
Gambar kitaorang makan tak ambil sangat. Satu cukup le ya.
Ingat jangan membazir ya.
Kalau nak sembahyang kat sini, jangan risau, surau ada disediakan so tak perlu le tergopoh-gapah.
Ni le resit untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, RM77.30 termasuk cukai.
So apa lagi, jom terjah ke Flaming Steamboat. Selain cawangan Setapak, Sunway dan Seksyen 33 Shah Alam pun ada. Better booking melalui phone or facebook sebelum pi sana. Anyway saya book melalui facebook, just send private message (PM) then diaorang akan response.

12 comments:

Anonymous said...

Lama aku x smpaimsini...
Slalu pekena kat setapak gak..

Geng Borak said...

flaming2.. aku tak pekena lagi... hehehe

Hazmin Hamudin said...

Tak pernah lagi makan dekat Flaming ni. Banyak betul makanan dekat Flaming tu ye..

CIK TOM said...

nmpk sedap..nanti blh singgah ke sn jgk 1 hari nanti..

hazman aka species1980 said...

harga tu macam kebanyakan STEAMBOAT BUFFET....tapi ada tempat solat tu satu advantage laaa

Mak Lagenda said...

rasa berbaloi dgn harga yg dibayar klu pilihan makananya banyak kan nik!

SURIA AMANDA said...

macam2 ada..murah pun murah...kan?

fiezaradzi said...

selalunya kami lalu je depan kedai ni.. mmg ramai pun.. nak2 hujung minggu.. tak penah try. sedap ke?
berbaloi tak dgn harga?

Farra Da Smiley said...

nampak cam sedap ni..harus try gak ni

Adziim said...

uuu ada kat area sshah alam rupanya..bleh la try nanti.

aliaMADU said...

terima kasih kerana mencuba di restoran kami.

Unknown said...

kuah memang terbaik .saya dah banyak kali makan kt sini ....serve dia pon bagus