Pages

Tuesday, November 27, 2012

Pencarian Durian Crepe Berakhir di Wangsa Maju

Sebelum ini pencarian pavlova berakhir di Alexis Gardens, kini pencarian durian crepe pula berakhir di Wangsa Maju. Saya beli dua paket untuk cuba. Dengan siapa, sudah tentu dengan irmalondon. Boleh mula beli setelah durian crepe dibuka untuk tempahan.
Anyway satu paket ada 4 biji yang mana harganya adalah RM10. Special thanks to eyriqazz kerana melalui entrinya saya tahu mengenai durian crepe. Sebelum ni dah lama mencari benda alah ni. Tengoklah durian crepe yang gebu, sudah pasti menjadi rebutan semua especially kepada penggemar durian.
Kulitnya yang nipis serta krim yang sangat sedap dan ditambah pula dengan isi durian, memang perfect. Walaupun saya baru first time makan durian crepe, sudah menjadi penggemar durian crepe. Maybe in the future, saya akan tulis lagi mengenai durian crepe.
Memang rasa tak cukup makan durian crepe ni. Secara keseluruhan memang berpuas hati, boleh dapat bezakan krim yang cukup lemak dan berkrim, tak sama dengan krim yang dijual kat supermarket. Saya rasa ianya dibuat sendiri oleh irmalondon.
Bukan sahaja kami suami-isteri suka dengan durian crepe, malah Danish sungguh enjoy menikmatinya. 
Afiqah pula lagi suka. Orang cakap, lagi sejuk lagi sedap durian crepe. Yang kat kedai biasanya kurang sedap memandangkan ianya dah beberapa hari dibuat dan diletak dalam freezer. Yang ni cukup fresh dan irmalondon biasanya tak suka jual durian crepe yang sudah beberapa hari. (Betul setelah sejam dalam fridge, memang lagi sedap). Lain kali kalau beli simpan dulu dalam fridge ya tapi maybe tak sempat nak simpan, dah habis.

So kalau rasa nak makan, apa kata contact irmalondon. Memang senang bagi mereka yang berada di Wangsa Maju. Oppppss, jom tengok resipi durian crepe, kalau rajin nak buat sendiri.

11 comments:

Amyna said...

Belum dapat merasa lagi nih... kat sini durian mahal benar... tak berbaloi rasa nak buat sendiri..
ngah mencari si penjual...Harap2 ada cikgu sekolah yang rajin time2 cuti sekolah nih.. boleh lah tumpang oder...

Ya... crepe nih makan time sejuk memang super duper sedap. terasa gigit Aiskrim perasa durian.. :-)

hazanis said...

saya pun tengah misi mencari durian crepe. =)

✿INA AINAA✿ said...

ena selalu beli kat mid valley, 6=RM10... memang sedap, ena dah mkn benda ni sejak 2 tahun yang lepas

Fazlinil Irma said...

alhamdulillah.. terima kasih utk entry feedback ni.

mizayusof said...

fenomena durian crepe :) miza pun baru merasa keenakkan durian crepe. sedap dap dap :)

jaakechik said...

durian crepe memang sedap kalo dimakan time sejuk, rasa macam aiskrim..hihi..

http://jaakechik-e-niaga.blogspot.com/

Unknown said...

wah mcm sedap

Eliss said...

alahai..terliur pulak. sabtu ni saya pi kl pick up :p

Anonymous said...

kat area mana ek wangsa maju tu

Sharinginfoz said...

anon: dekat area KL Festival, Danau Kota

Hjh Hasnah bt Abdullah said...

Kat kedai wan seksyen 10 wangsa maju pun ada jual juga. 4 kpg RM5.50. Krim dia guna kastad + durian musang king! Dia jual pagi jetapi kena cepat. Pukul 8 letak, 8.20 dah abis