Pages

Sunday, May 27, 2012

Pencarian Pavlova Berakhir di Alexis Gardens

Sebelum ni ada cari pavlova, alah benda alah yang Scha makan tu. Awal selalu beli pavlova untuk Scha. Anyway jumpa benda alah ni kat alexis. Scha selalu makan pavlova yang kat alexis Bangsar.

Kitaorang beli pavlova ni kat Alexis Gardens. By the way, beli satu slice siap bagi paper bag sekali. Macam le beli sebiji kan.

Inilah rupanya pavlova. Cari kat internet, ramai yang cakap pavlova yang kat alexis ni the best. Pasal halal tu, ada tanya juga ngan orang jual kat sana, diaorang cakap OK kecuali tiramisu.
Satu slice ni harganya RM15.00, kalau campur ngan tax so RM15.90 le ya.
Pavlova ni ada 3 bahagian, buah-buahan i.e. strawberi dan blueberry, yang kedua ialah krim, apa benda le, alah yang putih-putih tu, kalau tak silap buat dengan putih telur kot. Lastly, bahagian yang ketiga ialah benda alah kat bawah dan tepi tu, macam mashmellow (hantam aja le ejanya). Benda alah pavlova ni kalau beli kena makan terus kalau tak cair kot.
Suka gak Afiqah makan pavlova ni, memang sedap gak. Saya bagi rating 8.4 out of 10 le. 

Kitaorang makan pavlova ni kat Baskin Robbins Gardens, sambil-sambil makan banana split. Maybe lain kali boleh pi beli lagi pavlova ni. Saja nak try kan, sebab sebelum ni tengok apasal le Scha suka sangat ngan pavlova yang dibeli oleh Awal ni.

10 comments:

Adziim said...

Kerap betul makan ice cream Baskin Robbings.

ISZA said...

len kali boleh order pavlova kat saya jer..
:)

Bo the Nerd said...

Sedap nampak..boleh try esok.

hazman aka species1980 said...

kalau tengok gambar... banana split nak lebih menarik la bro....

vidalsisah said...

Waaahhh sedapnye! Satu slice pon nampak besar kan, boleh mkn dotige org agakknye tu.

Nurul Akmal said...

nampak sedap...

ddfirdaus said...

ooh saya mmg sedang menggugel pavlova kat MV. Ada Alexis kat Garden ek? harus diserbu. Pernah pegi Alexis Bangsar tapi x de pavlova time tu..

aimy said...

Ada buat pavlova ke

Fiiza said...

Try pavlova serai... Lg sedap dr alexis... Ni pendapat sy sbb sy dah rase dua2 tmpt... :)

Rafian said...

Baru g mkn kat Alexis Bangsar awal minggu ni...ikut Boss.. terkezutt bila masuk bila tengok botol2 arak menjadi hiasan..nak jer keluar balik..tapi terpaksa sbb ikut boss.. aduhhh pihak JAKIM..pantau betul2 kesahihan halalnyer kat sini.. tobat x g dah...