Pages

Sunday, May 6, 2012

Jom Cuba Makanan Arab di Dubai Gardens Restaurant @Jalan Genting Klang

Jom kita cuba masakan Arab di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur. Nama kedai ni adalah Restoran Dubai Gardens. Ianya terletak berdekatan dengan kedai makan Jom Bali dan juga Restoran Pelita.
Memang menarik menunya.

Inilah harga makanan utama.

Yang ni ialah sandwich, kebab dan seangkatan dengannya.

Macam-macam jenis air ada. Kalau nak yang jus ianya RM10 segelas.

Masa pi hari tu tak ramai sangat. Memang menarik juga decoration.

So belilah nasi @roasted chicken separuh. Nasinya sedikit kering.

Ayamnya boleh tahan juga. Memang portion sangat besar jika dibandingkan dengan tempat lain yang pernah saya terjah.

Acar dan sambal lada menambah selera. Yang tak bestnya tak ada kuah. Memang pelik.

Yang ni chicken Fajita. Entah apa le. Masin gak macam ayam campur kicap aja.

So untuk nasi ngan ala-ala kebab tu semuanya RM35. Untuk nasi saya bagi rating 7.1 out of 10 sebab, nasi kering dan tak ada kuah, at least bagilah kuah dal ke, kari. Yang bagus macam saya cakap, ayam memang portion besar. Makan dua orang memang kenyang.

So kalau nak cuba masakan di Restoran Dubai Gardens ni bolehlah tengok peta ni ya. By the way, bagi peminat masakan Arab boleh gak cuba di Restoran Saba or Restoran Taj Hadramawt.

2 comments:

afiqazizan said...

Macam mahal saja makan kat sini..tapi nampak sedap..:)

hazman aka species1980 said...

Agak overprice la bro... nasi MANDI dia lebih rm10 dari harga pasaran biasa tue... anyway makanan arab nie menang kering dan kurang minyak...