Pages

Sunday, May 6, 2012

Jom Makan Banana Split dan Waffle Sundae @ Baskin Robbins Pavilion

Kalau sebelum ni pi makan aiskrim fondue I and II, so apa kata kali ini kita terjah ke Baskin Robbins Pavilion pula untuk menikmati dessert lain pula.

Benda alah ni ialah banana split @RM23.50. Memang sedap. Boleh pilih 3 jenis perasa aiskrim. Pas tu pula ada 3 jenis sos, strawberi, coklat dan satu lagi mango kot.
Yang ni pula ialah waffle berry sundae @RM16.00. Yang ni pula sedap gak, boleh pilih 2 jenis aiskrim. Pisang dan strawberi diletakkan memang menambah kesedapan.
Memang menjadi pilihan Afiqah, yang sedapnya waffle yang ranggup.
Danish pula memang suka makan banana split ni, terutamanya apabila perasa coklat trilogy (kalau tak silap) dipilih.

Tengok pun sudah terasa kesedapannya. Coklat yang pekat dan aiskrim yang sedap.

Mango yogurt berwarna kuning ala masam-masam manis dicampur ngan strawberi memang perfect.

Ni le antara dessert yang ada kat Baskin Robbins, anyway tak semua tempat ada, kalau area Lembah Klang, boleh pi Gardens, Pavilion dan Sunway Pyramid.

Yang seronoknya bila bayar guna Maybankard (tak kira kad debit or kredit), dapat diskaun 10%. So harga untuk benda alah ni ialah RM37.70 vs RM41.35 (sebelum diskaun). Jadilah pengguna yang berhemat dengan menggunakan kad debit ya.

6 comments:

icee-yah said...

Sedapnya waffle afiqah mkn tu:-) nk tryla

Eyriqazz said...

nyam2...bro buat eden lapar la di tengah malam ni...

hazman aka species1980 said...

nampaknya baskin robbin dah jadi pilihan utama famili bro yea.... memang meriah la aiskrimnya...

Hani Syahani said...

fuyyoh!! ujan sejuk mcm ni pun bila tengok aiskrim ni, menggiurkan !!!

siti murni said...

tengok banana split tu memang tak tahan!!!

vidalsisah said...

Mmm bestkan kalau slalu dpt mkn makanan mewah camtu bsama famili kan.