Pages

Sunday, May 20, 2012

Samsung Mengatasi Nokia

Hari tu ada beli majalah berkaitan dengan handphone terkini "Initial". OK juga majalah ni, suka-suka melayan mengenai telefon bimbit, tablet dan macam-macam lagi yang berkaitan. Lagipun majalah ni harganya berpatutan at RM3.00 dan dikeluarkan dua kali sebulan.

Menarik juga article kat sini sebagai contoh "Samsung tamatkan zaman Nokia 14 tahun". Kita tahu sebelum ini apabila sebut aja handphone kita akan terfikir mengenai Nokia, seperti juga Maggie dan Colgate untuk mee segera dan ubat gigi.

Tetapi kini untuk pertama kali penguasaan Nokia telah jatuh ke tangan Samsung. Memang betul syarikat Korea semakin gagah di dunia berkaitan dengan telefon dengan pengenalan telefon pintar. Samsung juga mengalahkan Apple yang sering kali dikaitan dengan iPhone. Kita tengoklah nanti berapa lama Samsung boleh bertahan.

9 comments:

nurfauzi said...

tengok pasaran semasa sekarang memang begitu. zaman nokia top dah bertukar kepada samsung.
lagipun samsung memang selalu muncul dengan tablet & telefon yang spesifikasi lebih elok berbanding dengan pengeluar telefon lain

Hime said...

Off topic~
Orang Korea mmg sangat bangga dengan produk mereka sendiri. Masa pegi melawat Korea, kebanyakan barang buatan Korea dipamerkan dihadapan kedai manakala barang buatan luar negara diletakkan dibelakang rak.Setiap kali nak beli barang, mereka akan promote barang buatan Korea dulu. Dialognya, "Made in Korea, very very good quality" Kita bagaimana? :)

MrJocko said...

Teringat aku tahun 2001 aku beli Nokia Butterfly RM1200,,, punya la mahal time tu...

..owner of a lovely heart.. said...

Korea dah lead macam2 skrg..

Hani Syahani said...

samsung punya promosi memang power, bukan main lagi mcm2 dia keluarkan,design pun nampak lg cun, tapi dr segi kualitinya agak menghampakan bg saya, geram pun ada.....

afiqazizan said...

Rasanya memang dah ramai suka beli fon samsung berbanding fon nokia..:)

Mak Lagenda said...

Yeayy..mak salah sorang penyumbang 'kejatuhan' nokia setelah bertahun2 gunakannya. Now, mak jd penyumbang 'kebangkitan' samsung plak.

Hikss..

hazman aka species1980 said...

SAMSUNG nie diorang tawarkan teknologi terbaru dan lebih baik setiap model baru keluarannya...skang nie orang pilih high performance gadget dengan harga yang setimpal

amirah said...

mungkin kah disebabkan nokia semakin overpriced? sedangkan samsung dianggap value for money sebab apps yg terkini