Pages

Friday, May 25, 2012

Memang Sedap Ayam Penyet Wong Solo @Taman Dagang Ampang

Hari tu pi makan nasi ayam penyek kat Restoran Wong Solo yang bertempat di Taman Dagang Ampang. Tekan aja GPS Garmin search for Wong Solo then tunjuk le lokasi tersebut.

Memang cukup menarik keadaan dalam restoran ni tapi bahagian tepi yang boleh do bersila dah penuh so kenalah dok atas kerusi ya.
 
Ni menu set. Pilihlah yang mana berkenan di hati, ayam penyet ke, ayam goreng ke, ikan keli aka lele penyet or apa-apa le. By the way, set ni didatangkan dengan lauk, nasi, tempe, ulam, tahu goreng dan air mineral.
 
Kalau tak nak yang set boleh pilih yang ni. Tapi mahal sikit le, nasi aja dah RM2.50.
 
Nak minum air, pilihlah ya.
Sayur pun ada. Selain dari kat Taman Dagang Ampang, ada lagi cawangan lain.
 
Ni set ayam penyet. Boleh tahan gak, of course pedas gak. Ayam memang garing dan rempahnya just nice. Ditambah pula dengan timun dan benda alah tahu goreng ni memang perfect. Anyboday suka terung? Secara keseluruhan memang sedap. Hmmmmm, rating nak bagi berapa ya, 8.3 out of 10.

Tak nak goreng, ayam bakar pun ada. Yang ni kurang pedas, in fact tak pedas pun. Sedap juga tapi still prefer yang goreng, saya bagi 8.2 le.

 Sos ada dua, lada dan kicap.

 Ni le air mineral yang saya maksudkan tadi.

Ni air kelapa @RM5.50. Biasa-biasa aja. Bolehlah cuba ya.

Gado-gado @RM9.50 memang lagi biasa, sosnya tak berapa sangat le, memang terasa sangat ngan serai tapi bolehlah kalau nak cuba. Rating, hmmmmm, saya bagi 7.0 le. Kalau nak cuba masakan Indonesia, ayam penyek memang saya syorkan Wong Solo ni. Blogger yang famous, eyriqazz pun pernah singgah sini.

8 comments:

Eliss Mie said...

saya pun suka makan di wong solo. ayam penyetnya memang sedap. kat shah alam ada satu cawangan :)

Rafflesia™ said...

serius xpernah makan lagi, nak pergi xda teman. hukhuk :(

nurfauzi said...

pernah juge makan di sini dengan kawan-kawan. Sedap juge.

Tapi bile sampai sepinggan tempe goreng, rase macam mahal je hargenye hehe. Sebab selalu goreng sendiri kat rumah. Beli sekeping yang mentah kat kedai baru murah je

hazman aka species1980 said...

actually kat kajang pun ada dah bukak cawangannya....cuba tak berkesempatan nak terjah je lagi...

vidalsisah said...

Belom ni tak terasa pon nak cuba ayam penyet walopon dah lalu-lalang depan restoren die berkalik2. Tp bila baca entri Sharinginfoz yg neh teringin plak la.

Adziim said...

Tak pernah makan apa2 menu ayam penyet. Aku beranggapan ayam tu macam ayam goreng biasa dengan sambal.

ProfHariz said...

Ayam penyet memang sedap tapi minyak banyak~

Anonymous said...

sedap lol ayam penyet dia wlpn ayamnya x dipenyet mcm saya mkn kt johor dulu...