Pages

Saturday, May 19, 2012

Final Piala FA Kelantan vs Sime Darby @19 Mei 2012

Keputusan final Piala FA Kelantan vs Sime Darby @19 Mei 2012: Kelantan 1-0 Sime Darby
  • 95": Permainan tamat dan Kelantan menjadi juara. Sejarah telah tercipta malam ini
  • 92": Fahmi dikenakan kad kuning kerana melambat-lambatkan permainan
  • 90": Masa tambahan 4 minit diberikan
  • 88": 2 minit lagi bakal menjadikan Kelantan juara malam ini
  • 86": Indra begitu kecewa setelah sepakan kaki kiri tersasar liar melepasi palang gol
  • 83": Piya gagal mejaringkan gol hasil hantaran Ghaddar. Piya kelihatan tidak begitu stabil setelah membuat tandukan yang berjaya ditangkap kemas oleh Redzuan. Memang Redzuan sangat cemerlang malam ini
  • 82": Kelantan terus mengasak untuk mencari gol kedua tetapi nampak agak sukar
  • 76": Rembatan yang baik oleh Matyodi dalam kotak penalti tetapi Redzuan bermain dengan cemerlang.
  • 74": Saya tak faham mengapa malam ini pemain-pemain Sime Darby bermain dengan kasar. Of course beberapa pemain mereka dikenakan kad kuning akibat tackle yang entah apa-apa
  • 73": Tinggal 17 minit lagi permainan, Kelantan perlu melakukan serangan dan make sure tidak alpa jika mahu menjulang Piala FA buat kali pertama 
  • 71": Satu lagi serangan Sime dapat dipatahkan baik oleh Shakir
  • 69": Sepakan penjuru pertama untuk Sime setelah mereka melakukan asakan ke pintu gol Kelantan. Fahmi menangkap kemas sepakan tersebut
  • 60": Kelantan bernasib baik setelah Sime membuat serangan dengan 3 orang manakala Kelantan hanya ada seorang pemain pertahanan, Sime gagal menghasilkan gol kerana hantaran yang tidak begitu tepat dan pantas
  • 57": Sepakan penalti yang diambil oleh Ghaddar menyebabkan peminat Kelantan bersemangat. Satu sepakan yang cantik. Kelantan mendahului Sime Darby dengan 1-0
  • 50": Kalau tengok dari segi perlawanan hari ini, tidak mustahil ianya akan dilanjutkan ke masa tambahan
  • 46": Hantaran silang cantik oleh Indra gagal dirembat oleh Chanturu yang berada di sebelah kanan pintu gol
  • 45": Perlawanan disambung. Diharap pada separuh masa kedua, permainan lebih menarik
  • 45": Keputusan kekal 0-0 separuh masa pertama setelah tamat 3 minit masa tambahan. Jumpa lagi dalam masa 15 minit
  • 44": Larian solo Ronaldinho bermula dari tengah padang mengalahkan 2 pemain Kelantan tetapi Kelantan bernasib baik rembatan Ronaldinho gagal membuahkan hasil
  • 41": Sepakan percuma Badhri sangat cantik tetapi tandukan Ghaddar sedikit tersasar melepasi palang gol
  • 35": Sepakan penjuru pertama pada perlawanan malam ini. Zairul Fitree mengambil tetapi tandukan Badhri tersasar di sebelah tepi kanan pintu gol
  • 30": Pemain Kelantan, Subramaniam terlantar di atas padang, berdarah di dahi, Subra diusung keluar dan digantikan oleh Rizal Fahmi. Sebelum ini terdapat perebutan bola antara Subra dengan Ronaldinho
  • 27": Kad kuning pertama malam ini dilayangkan kepada pemain Sime, Mohd Aril setelah mengasari Chanturu yang membuat asakan dari sebelah kiri
  • 20": Sepakan percuma just outside kotak penalti diambil oleh Indra sangat cantik melencong melepasi benteng tetapi sayang ianya ditangkap kemas oleh Redzuan
  • 16": Beberapa minit yang lepas Kelantan menggandakan serangan, lebih agresif jika dibandingkan dengan 10 minit pertama manakala Sime bermain dengan berhati-hati
  • 13": Satu gerakan menarik gandingan Ghaddar dan Matyo, dihantar kepada Indra dan leretan bola ditangkap kemas oleh penjaga gol Sime, Redzuan
  • 11": Matyo ditackle kasar oleh pemain Sime di sebelah kiri tepi gol. Sepakan percuma diambil oleh Shakir gagal disempurnakan dengan baik
  • 9": Percubaan pertama oleh pemain Sime, Azmirul di luar kotak penalti tepat kepada Fahmi
  • 7": Sepakan oleh Badri yang diperoleh daripada Matyo begitu tersasar melepasi palang gol
  •  3": 3 minit berlalu dengan penguasaan agak seimbang dengan beberapa serangan oleh Sime Darby manakala hantaran dan kawalan bola oleh Kelantan agak tidak kemas
  •  0": Perlawanan baru sahaja dimulakan dengan Kelantan mengambil sepak mula
Inilah senarai pemain-pemain untuk perlawanan bola sepak final Piala FA malam ini di antara Kelantan vs Sime Darby.

 Kelantan memakai baju putih.

 Menggunakan strategi 4-4-2 dengan Norshahrul bersama Ghaddar menjadi penggepur.

 Sime Darby memakai jersi berwarna oren.

Sime Darby pula menggunakan taktik 4-5-1 dengan penyerang yang digeruni Ronaldinho.

Previous entry:

Malam ini perlawanan bola sepak final Piala FA akan berlangsung sekejap lagi pada pukul 8.45 malam. Sudah tentu pertembungan Kelantan vs Sime Darby dinantikan oleh ramai peminat bola sepak tempatan terutamanya peminat Kelantan.

Untuk rekod, Kelantan tidak pernah lagi menjuarai Piala FA dan of course Sime Darby membuat rekod dengan menjadi kelab bukan negeri yang pertama yang layak ke final.

Barisan kemungkinan yang diperoleh from facebook Skuad Bola Sepak Malaysia:

Kelantan XI: K.Fahmi, Subramaniam, Obinna, Shakir, Shahrul Idlan, Indra, Daudsu, Badhri(C), Ghaddar, Chanturu, Zairul

Sime Darby XI: Azmirul, Es Lizuan(C), Ronaldinho, Arif, Fairuz, Shoufiq, Leandro, Faiz, Md Nor, Shazlan, Redzuan

Kita nantikan keputusan terkini final Piala FA di antara Kelantan vs Sime Darby malam ini. By the way, lebih kurang 90,000 peminat bola sepak tempatan hadir malam ini, lebih 80% daripadanya adalah penyokong Kelantan.