Pages

Thursday, November 1, 2012

Jom Beli Akok dan Bahulu di Gua Musang

Siapa suka makan akok, sila angkat tangan, memang sedap kuih ni, lemak, manis dan sekali makan nak lagi.
Bahulu pun sedap especially kalau makan panas-panas kan?
Inilah rupanya acuan @bekas yang digunakan untuk memasak bahulu mahupun akok. Kalau tak silap bahan-bahan yang digunakan adalah tepung gandum, air, telur, gula dan entah apa lagi.
Hari tu masa balik Kelantan singgah kat kedai Pengusaha Akak dan Bahulu di Gua Musang. Memang panas-panas lagi. 
Kalau balik Kelantan melalui jalan Gua Musang, mesti perasan dengan kedai ni. So lain kali kalau lalu ikut jalan ni, beli jangan tak beli. Harga akok adalah 3 untuk RM1 manakala bahulu pula 4 untuk RM1. Selamat mencuba.

2 comments:

Hazmin Hamudin said...

Saya ni bukan penggemar akak.. Mungkin banyak sangat telur yang digunakan.. Hehe

Juadah said...

kalu balik kelantan/terengganu, pasti merata2 nampak gerai jual akok. tapi sya jarang beli sbb manis. kalu org lain beli, kami jamah juga..heh