Update: Pukul 11.00 malam tadi, Airasia Kota Kinabalu call dan cakap based on response from Airasia KL and Kuching, beg saya tu tersalah hantar ke Kuching Airport. Tak apalah, janji benda alah tu tak hilang, pasal tindakan lanjut kita fikirkan kemudian. Anyway tadi pun dah beli seluar, baju, tie dan pakaian lain untuk sementara waktu. Nanti sebelum nak balik KL esok, bolehlah pi ambil beg tu kat Kota Kinabalu Airport.
Previous Entry
Tadi baru sahaja sampai di Kota Kinabalu Airport menaiki flight Airasia from LCCT. Sungguh tak dijangka tunggu punya tunggu beg pakaian yang di check-in dalam kapal terbang tak sampai.
First time jadi macam ni. Alamak, esok ada urusan kerja kena lakukan. Semua pakaian dalam beg tu tapi nasib baik material dan thumb drive ada dalam beg yang satu lagi yang saya bawa naik dalam flight. Dah buat report kepada Airasia kat airport di Kota Kinabalu. Diaorang dah hantar e-mail ke KL untuk inform dan tindakan lanjut.
Nampaknya kejap lagi kena pi cari pakaian untuk urusan kerja esok. Anggaplah ini adalah cabaran hidup.
Ada juga baca kes macam ni, kat Sabah juga, last-last Airasia offer RM45 untuk satu kilo.
8 comments:
good luck besok bro... InsyaAllah jumpa balik baju tu
Pening kalau jadi masalah macam ni... Tambahan pulak esok nak pakai baju tersebut untuk kerja.
Member aku kes beg luggage koyak, baru beli kot. Tapi jenis yang malas nak mengadu apa ni so tak ada minta apa2 pampasan.
alamak ,kesiannya..hope akan dapat balik semuanye:)
dear all: thank you semua for your doa, alhamdulillah beg tu tersalah hantar kat Kuching, memang pelik dan ajaib
aduuhh... nasib baik dah setel masalah yang tak sepatutnya terjadi & masalah yg tak di jangka tuh. apapun semoga semuanya selamat atas urusan kerja tersebut
bro... tersalah hantar tu biasanya mungkin diorang salah label or time loading baggage tu silap masuk flight by in charge person....
akak pun pernah terkena..sampai ke philipine pulak tu..haru biru kena cari baju dan basuh..pastu pakai lagi
semuga dapat balik beg kamu tu
Post a Comment