Pages

Wednesday, October 24, 2012

Dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) @3.25% 24 Oktober 2012

Mengikut Utusan, dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) diumumkan hari ini, 24 Oktober 2012 pada kadar 3.25%. Mengikut Bernama pula, dividen ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank pelabur esok hari, 25 Oktober 2012. So check le ya dalam akaun bank masing-masing.

Dividen ini adalah untuk tempoh 6 bulan. So nanti bulan April 2013, dividen dijangka akan diumumkan sebanyak 3.25% lagi. So ini bermakna, setahun dividen AHB adalah sebanyak 6.5%.

Yang penting ianya berlandaskan syariah. So  teka teki mengenai dividen AHB sudah pun terjawab pada 24 Oktober 2012 seperti yang saya jangkakan sebelum ini.

9 comments:

AJ said...

boleh tahan juga dividennya...plus..ianya syariah compliance..bro takde investke bro?

Nur Fauzi said...

6.5% tu rasa kira bagus juga lah. Kalau tak silap permulaan untuk melabur cuma RM500 kan?

Myvitrd said...

Confirm2 dia ada melabur eyriqazz.. He3

cimon said...

Konpem abg kita ade invest, dia kan tokey investment. Hik3

Sharinginfoz said...

dear all: ada le sikit2.....

Anonymous said...

Pada pandangan saya la kan kalau simpan di AHB dapat 6.50% setahun tapi belum dizakatkan sbb hanya patuh syariah sahaja. Jadi apabila ditolak zakat 2.5% maka hanya dapat bersih 4% untuk kita..baik simpan di tabung haji dapat 5% setahun tapi dah dibersihkan dengan zakat. Kalau saya silap mohon betulkan.

Nur Fauzi said...

pembayaran zakat boleh dilakukan melalui banyak cara.
Saya kira jika AHB tak tolak zakat, memang individu itu sendiri yang kena bayar zakat. tapi kita kena tengok juga dari segi cukup haul, dan yang penting cukup nisab atau tidak.

Jadi rasanya kurang tepat kalau buat perkiraan 6.5% - 2.5% terus. Untuk kira nisab, bergantung kepada jumlah pelaburan yang dibuat juga.

Sharinginfoz said...

anon: kalau tengok penyata pembayaran dividen, 3.25% adalah setelah tolak zakat, so tak payah risau

fauzi: memang betul setuju, kalau belum bayar zakat, pengiraannya bukan tolak macam tu

Karl Ismile said...

Salam semua, AHB ini adalah pelaburan patuh shariah dan dikecualikan drp cukai dan TELAH DIZAKATKAN...