Pages

Sunday, October 21, 2012

Harga Rokok Naik 20 Sen Satu Kotak

Tadi ada baca entri di blog akudansesuatuz mengenai "Harga Baru Rokok Mulai 22 Oktober 2012: Naik 20 Sen !" So bila surf le kat internet untuk mengetahui lebih lanjut.

Then berita ini disahkan dalam Utusan. Rasanya apabila harga rokok naik 20 sen, impaknya tidak nampak akan berkurang. 

Ramai dah tahu yang sudah lama fatwa mengenai rokok keluar tapi masih ramai yang merokok. Memang bukan sukar untuk membuang tabiat merokok ni. Betul ke kalau tak merokok boleh jadi kaya?

Cuba bayangkan berapa banyak perokok menghabiskan wang untuk menikmati benda alah ni. Secara senang kalau sebulan 10 kotak @RM100 then kalau setahun dah RM1,200. Kalau 10 tahun? RM12,000. Itu tak termasuk dengan keuntungan daripada simpanan.

Apa-apa pun, kepada perokok, apa kata kita cuba sedikit demi sedikit untuk mengurangkan tabiat ini. Untuk kebaikan semua.

Anyway apa pandangan anda mengenai kenaikan harga rokok 20 sen sekotak?

7 comments:

Anonymous said...

Tak ramai yang peduli perihal hukum hakam.. ada bapa yabg sanggup gadai masa depan aanak kerana ego rokoknya.. fikir2kan

Adziim said...

Saya rasa memang patut dinaikkan. Tetapi seiring dengan kenaikan harga rokok, usaha kerajaan dalam membantu rakyat berhenti merokok harus dipertingkatkan juga.

Kempen yang sedia ada dipertingkatkan,khidmat kaunseling,iklan media dan sebagainya.

Dayang Deno said...

harg naik tp erokok tak serik2 pun

KamilSalleh said...

Rokok membahayakan kesihatan diri,
Kenapa perlu habiskan wang ringgit,
Perlu lakukan supaya ketagih dihenti,
Untuk kebaikan keluarga serta yang terbabit.

hazman aka species1980 said...

kurang setuju dengan kenaikan 20sen cam susah orang nak beli dan tokey kedai nak kasi baki....patutnya kerajaan naikkan terus je rm1 bagi semua rokok....at least boleh la cover balik subsidi gula yang dikurangkan time bajet dulu....tambahan pulak ROKOK AMAT MERBAHAYAKAN KESIHATAN

Nur Fauzi said...

Tidak terkesan dengan kenaikan harga rokok. Cuma 'hangin' tengok asap rokok berkepul naik, orang lain kena sedut.

Anonymous said...

fatwa ada bilang haram ada bilang makruh.kita cakap membazir klau isap rokok, kempen berhenti merokok cuma wayang je juga membazir kerana berapa pun harga rokok perokok tetap beli.cuba tutup kilang tembakau macamana?selesai masalah .