Pages

Tuesday, October 2, 2012

Genneva Malaysia @Syarikat Jual Beli Emas Diserbu oleh Bank Negara

Semalam, 1 Oktober 2012, syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd diserbu oleh Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia kerana disyaki melakukan kesalahan. Begitulah siaran akhbar oleh Bank Negara Malaysia.

 Di samping itu, Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura juga telah mengambil tindakan yang sama ke atas Genneva Pte. Ltd. di Republik itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melabur wang mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Mengikut Berita Harian pula, Genneva Malaysia mengendalikan pembelian dan jualan produk emas. Maybe kepada yang pernah beli emas dengan Genneva Malaysia boleh beri pandangan or komen mengenai perkara ini ataupun apa-apa luahan.

STATUS PENYIASATAN GENNEVA MALAYSIA

HUKUM JUAL BELI DAN PELABURAN EMAS GENNEVA MALAYSIA 

6 comments:

Nur Fauzi said...

ramai yang dah 'join' putih mata jawabnya.
padah sebab tak peduli nasihat....

CIK TOM said...

pernah ada yg ajak join genneva ni..tp ciktom dah serik pernah kena tipu melabur dl..

kak ina kl said...

memang tak berani nak join pelaburan macam ni.

Myvitrd said...

Jual beli emas dia dlm bentuk fizikal atau labur duit je?. Kalau labur duit je memang risiko bro... Kalau labur dlm bentuk fizikal emas.. Syarikat kena serbu.. Emas masih ditangan

Geng Borak said...

ni kes kutip deposit laaaaa nih..

Hargaemas said...

Bagi mereka yang telah melabur disini Kami membeli emas Genneva, emas lama, rosak patah, pamp suisse, emas pelaburan, untuk mengetahui harga emas terkini, boleh layari laman web hargaemas... atau hubungi saya shahrul 012-2864232