Danish baru selesai menjalani pembedahan kecil @urachal cyst or umbilical cyst. Gambar kat atas tu sebelum pembedahan. Nampak ceria aja. Biasalah kan tak tahu lagi apa yang akan terjadi.
Ni gambar selepas pembedahan. Anyway masa nak masuk bilik pembedahan, saya temankan Danish untuk "tidurkan" menggunakan benda alah yang diletak kat muka, tak sampai 2 minit, terus tidur, then of course tak dapat tengok masa pembedahan.
Inilah benda alah yang dikeluarkan. Anyway buat kat Gleneagles Hospital Kuala Lumpur. Ianya mengambil masa lebih kurang 1.5 jam, nasib baik boleh keluar terus hari yang sama. Tak perlu bermalam tapi of course ada follow-up. Benda alah yang dibuang dalam perut tu dihantar ke dalam makmal untuk test. Semoga tak ada benda yang tak diingini berlaku.
Anyway alang-alang ada pembedahan, terus berkhatan. Kos keseluruhan adalah hampir RM5,000. Yang kos berkhatan tu nanti kena check ngan majikan, sebab ianya tak cover. Bagus buat terus since masa pembedahan Danish tidur. Takut kalau berkhatan masa Danish tak tidur susah pula.
Doakan agar Danish sempat recover dan kembali seperti biasa.
5 comments:
Salam bro ..
Semoga Danish cepat sembuh ..
syafakillah...get well soon danish
good idea la khatan terus yer
anak last saya je dah khatan..lg 2 yg besau ni lom lagi
semoga cepat sembuh ye danish..
dear all: thanks for the wishes
Baru-baru ini pun ada satu kes macam ni kat tempat saya kerja, orang dewasa dalam umur 20an.
Selalu kena infection dan pusat keluar something macam nanah, buat ct scan jumpa la satu salur yang sambung dari pundi kencing ke pusat.
InsyaAllah,Danish sihat.
Post a Comment