Pages

Friday, October 19, 2012

Penjagaan Wang Polimer

By now rasanya semua orang dah tengok dan pegang wang polimer. Antara ciri-ciri wang polimer adalah:
  • Ia tidak menyerap air dan cecair lain
  • Lebih kuat dan tahan lama daripada wang kertas
  • Sukar dipalsukan
Jom kita tengok cara penjagaan wang polimer dengan betul.
Simpan wang polimer dalam wallet seperti di atas. Jangan lipat, nanti ianya akan meninggalkan kesan berkedut yang kekal.

Jika ianya kotor, boleh bersihkan dengan sabun ataupun air sejuk.
Jangan dedahkan wang polimer dengan suhu yang tinggi ataupun haba secara langsung, i.e. seterika or microwave.


 Please, tak perlu le nak lipat-lipat duit ataupun nak buat hiasan, maybe untuk barang hantaran ke?
 Kot ya duit banyak, jangan guna rubber band nak ikat ya.
Takkan nak staple duit polimer kot?

Maybe kawan-kawan ada cara yang lebih baik untuk menjaga wang polimer, apa lagi kongsi-kongsikan le.

8 comments:

EPIK said...

nice tips...xbrape gemar la guner duit plastik ni..suke gune duet lame lg...

[Gadget & Aksesori Steampunk Yang Cool]

Sarah said...

Wang polimer lagi senang dijaga dari wang kertas yang lama

Eliss Mie said...

tak suka pakai duit ni. licin tu kadang2 boleh tersalah bagi :p

vidalsisah said...

mudah koyak la berbanding ngan wang lama.

Myvitrd said...

Simpan terus dalam bank memang takkan rosak hehehe

Nadot said...

waahh.. banyaknye 'jangan' utk duit jenis ni... hehe
tp siyes, licin sgt .. ;)

cimon said...

Suke yg kaler oren. (^_^)

Juadah said...

mudah koyak. tp tak sangka boleh di cuci