Pages

Tuesday, October 9, 2012

Banyaknya Wang Kertas dalam Terowong

Memang betul di tepi-tepi terowong ni dipenuhi dengan wang kertas yang mana nilainya lebih kurang RM1 juta. Ianya dinamakan sebagai terowong RM1 juta. Nak tahu kat mana terowong ni. Jom kita redah.
Tapi sebelum tu apa kata kita tengok dulu dengan dekat terowong ni. Memang wang kertas betul.
Afiqah dan Danish bergambar ajalah ya. 
Inilah tempatnya, Muzium @Galeri Kanak-Kanak yang terletak di Sasana Kijang. Macam mana nak pi sini? Ni petanya ya.
Tak jauh tapi kalau berjalan kaki penat juga le from stesen komuter Bank Negara Malaysia. Anyway ianya dibuka setiap hari from 10 pagi-6 petang dan masuk adalah percuma. Parking banyak disediakan dengan bayaran @RM3 (flat rate).
Banyak juga permainan interaktif sesuai untuk kanak-kanak. Ianya bertujuan mendidik kanak-kanak mengenai kewangan. Sambil bermain bolehlah serapkan nilai-nilai mengenai wang ya. Yang ni mengajar kita dengan duit RM1 juta apa yang kita boleh beli. Nak beli kucing ke, baju ke, kereta ke, rumah ke, hantam ajalah.

Di samping itu, kita dapat bezakan yang mana satu kehendak dan yang mana satu keperluan.
Yang ni pula permainan yang mana mengajar kita mengenai jimat, belanja atau kongsi.
Bagus kalau kita galakkan anak-anak untuk menabung. Macam-macam jenis tabung ada di sini.
Apa kata kita geser benda alah bulat tu kat kertas dengan krayon untuk menampakkan bentuk duit syiling. Memang enjoy juga. Teringat masa kecil-kecil buat benda alah ni.
Boleh juga kita pelajari mengenai ciri-ciri wang dan juga ciri-ciri keselamatan. Maybe ramai daripada kita tak berapa arif dengan benda ni walaupun hari-hari tengok wang kertas kan?
Agak-agaknya kat mana tempat yang paling sesuai untuk kita simpan duit? Nak tahu kenalah datang di Muzium @Galeri Kanak-Kanak bagi mengetahui mengenai kewangan. Memang sesuai untuk kanak-kanak. Anyway banyak lagi permainan interaktif ada kat sini termasuk permainan pelaburan & simpanan dan Bank Si Kijang.

7 comments:

Myvitrd said...

baguslah aku takpernh pegi tempat ni

hazman aka species1980 said...

tempat yang sebegini kena kasi promosi...rugi kalau sunyi tanpa pengunjung....

SURIA AMANDA said...

good info..leh bawak my princess ke sini plak

Nurul Akmal said...

Teruja tengok duit banyak2 camtu..

Zura said...

agak2 boleh ambik x duit tue..duit tue sah ke..??

Mohd Aslam said...

Menarik juga..

hairulafiz said...

bagus tu kalau bwk bdk2....