Dah hampir 2 tahun saya beli emas melalui akaun emas-i KFH. Setelah membuat beberapa transaksi, kesemuanya ada XX gram dan kosnya adalah RM142.50 per gram. Akhirnya saya telah jual kesemua pada harga RM168.44 per gram. Return yang saya perolehi adalah 18.2% ataupun 9.1% setahun.
Memang tak banyak tapi rasanya OK kot. Actually setahun yang lepas pun harganya lebih kurang ni juga. Maknanya dalah masa setahun harga emas KFH tak berubah. In fact, tertinggi pernah dicatat adalah RM178.36 segram pada 6 September 2011. Sila tengok harga belian ya bukannya jualan memandangkan harga inilah harga yang bank akan beli daripada kita, kalau kita nak lupuskan.
Saya jangkakan harga emas akan stabil nak tidak nampak banyak perubahan dalam 1 tahun akan datang. Maybe ianya akan turun. Saya akan kembali lagi untuk emas KFH pada masa akan datang.
Buat masa sekarang, wang hasil jualan emas KFH ni saya simpan di suatu tempat yang mana risiko penurunan modal adalah hampir tiada. Nak tahu kat mana saya letak, tunggu ya.
Bagi yang berminat dengan harga emas KFH boleh tengok kat atas ni. Pada 9 Februari 2010, harga jualan adalah RM124.50 segram manakala pada 28 Jun 2011, harga belian adalah RM148.29 per gram. So dalam masa 16 bulan kenaikan adalah sebanyak 19.1% ataupun 14.3% setahun. Not bad kan?
Jom kita tengok pula pergerakan harga untuk tempoh seterusnya. Pada 24 Jun 2011, harga jualan adalah RM154.07 manakala pada 15 Oktober 2012, harga belian adalah RM168.44. So dalam masa lebih kurang 16 bulan, kenaikan adalah sebanyak 9.3% or 7.0% setahun.
Tapi apa kata kalau kita kira beli pada bulan Februari 2010 dan jual pada bulan Oktober 2012? Jom kita kira. Harga jualan 9 Februari 2010 adalah RM124.50 dan harga belian 15 Oktober 2012 adalah RM168.44. So kenaikan adalah 35.3% untuk 32 bulan or 13.2% setahun.
Sebab saya kira guna harga jualan masa beli dan harga belian semasa nak jual adalah kerana mengambil kira kenaikan sebenar setelah mengambil kira perbezaan belian dan jualan (spread).
Secara ringkasnya, masa bila kita beli adalah penting bagi menentukan keuntungan.Nak tahu lebih lanjut mengenai akaun emas KFH boleh check di "Gold Account-i".
8 comments:
mmg untung!
owh emas KFH saya lom dijual lg..mmg nak biar berganda2 dulu
Xpndai hal hal sebegini...thanks for the share....
bab emas tahu la serba sikit tp xde lg invest dlm emas.huhu..
assalam nak tanya kat mana boleh dapat list trend harga emas KFH nie?
anon: boleh contact KFH
Tq sharinginfoz
Mudah jual beli emas kuwait finance house ni. Simpan di mana sekarang? Tabung Haji?
soleh: letak kat Bank Rakyat @"simpanan tetap". Maybe bercadang beli balik emas since harga sekarang murah
Post a Comment