Pages

Monday, October 1, 2012

Bajet 2013: Penurunan 1% Cukai Pendapatan Individu

Ramai yang menantikan penurunan cukai pendapatan bagi individu. Dalam Bajet 2013, sedikit sebanyak impian ini tercapai dengan penurunan cukai pendapatan individu diturunkan sebanyak 1%. Jom kita tengok siapa yang bakal menerima:

"Dalam proses peralihan daripada sistem cukai sedia ada yang berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih adil dan saksama. Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan individu diturunkan 1 mata peratus (1%) bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi  RM2,500 sehingga RM50,000. Langkah ini akan mengeluarkan seramai 170,000 pembayar cukai daripada membayar cukai serta pembayar cukai pendapatan sedia ada juga menikmati penjimatan bayaran cukai mereka. Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang."

Kat atas ialah pengiraan secara mudah (ni based on my calculation ya, tak sure ianya 100% betul ke tak). Sebagai contoh, kalau pendapatan bercukai seseorang adalah RM35,000 so cukai pendapatan dapat dijimatkan sebanyak RM325. Walaupun, cukai pendapatan hanya diturunkan kepada mereka yang memperoleh pendapatan bercukai sehingga RM50,000, pendapatan bercukai yang melebihi RM50,000 juga mendapat manfaat tetapi penjimatan cukai hanya sebanyak RM475.

Ingat ya pendapatan bercukai tu ialah gaji tahunan termasuk bonus tolak dengan pelepasan, sebagai contoh pelepasan individu sebanyak RM9,000 dan juga potongan KWSP maksimum RM6,000.

Jom kita tengok contoh seorang yang berumur 26 tahun yang baru berkahwin, mempunyai seorang isteri yang bekerja dan seorang anak. Jom kita tengok jumlah cukai pendapatan lelaki tersebut.
  • Gaji bulanan RM3,000 dan bonus 2 bulan. Jumlah gaji tahunan adalah RM42,000 (RM3,000 X 14)
  • Pelepasan (RM16,000)
    • Pelepasan individu adalah RM9,000
    • Anak 1 orang so pelepasan anak ialah RM1,000 (RM1,000 X 1)
    • Potongan KWSP adalah  RM4,620 (RM42,000 X 0.11)
    • Simpanan SSPN adalah RM1,000
    • Pembelian majalah sebanyak RM380
  • So jumlah pendapatan bercukai adalah RM26,000 (RM42,000 - RM16,000) 
  • So based on Bajet 2013, bagi pendapatan bercukai RM26,000:
    • Cukai dahulu adalah RM895 (actually jumlah cukai sebenar ialah RM495 since dapat rebat RM400 bagi pendapatan bercukai kurang daripada RM35,000)
    • Cukai baharu adalah RM660 (actually jumlah cukai sebenar ialah RM260 since dapat rebat RM400 bagi pendapatan bercukai kurang daripada RM35,000)
    • Penjimatan cukai adalah RM235

12 comments:

JR said...

Suka dgn pemberian2 yg boleh membawa manfaat jangka panjang spt income tax ni. Yg tak suka ialah pemberian2 one off utk benefit jangka pendek....

NUR said...

Okla tu dari tak de langsung kan..

HeNRieTTa JoSe said...

suka...sangat suka...sebab tiap tahun taksir cukai, bulan tu pokai....huhuhu....abis duet gaji bayor cukai jew...

Eliss Mie said...

tahun ni mcm tak kena bayar cukai lagi :p

Nurul Akmal said...

wah siap dengan kira2.. memang perfect.. :)

Eyriqazz said...

uumm..election bajet..

amwin biz said...

bro..boleh ajar kira saya punya..saya kurang jelas..kindly email saya amwinbiz@gmail.com..tq

Sharinginfoz said...

amwin: kena tahu jumlah pendapatan dan tolak segala jenis perbelanjaan yang dibenarkan dan pelepasan, bila dapat jumlah pendapatan bercukai baru tengok jadual untuk kira jumlah cukai sebenarnya.

tahapa2tah said...

sebenarnya tak de rasa apa-apa pun dari ni...pelepasan individu 9000 ok la setahun, tapi untuk anak 1000 jer setahun? logik ka? contoh kalau baby dalam setahun berapa perbelanjaan? susu saja 2 tin sebulan (RM100 X 12 bulan = RM1200 setahun). Pampers min (1 1/2 pek sebulan RM45 X 12 = RM540 setahun), dua orang bekerja, anak kena hantar pengasuh sebulan rm250 (setahun rm250 X 12 bulan = RM3000 setahun) tu belum masuk lelain perbelanjaan. patut pelepasan anak minimum setahun RM3000. Macam mana nak tawan hati golongan muda?

Anonymous said...

Cuba tengok jadual wlupun turun tapi angka potongan meningkat mcm mana ni

Dakyon itu Nasron said...

betul ke yang ni dah implement?..kalau gaji bawah 5k tiada cas cukai dikenakan...tp gaji saya tetap dipotong dalam tahun 2013 ni walaupun gaji tak melebihi 5k..mohon pencerahan mungkin saya yang kurang ilmu

khairul auni mustapa said...

5k tu jumlah pendapatan bercukai stahun kot