Pages

Sunday, September 30, 2012

Bajet 2013: Diskaun 20% dan 10% untuk Pinjaman PTPTN

Dalam Bajet 2013, ada menyebut mengenai pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), iaitu diskaun 20% bagi yang membuat pembayaran sekaligus manakala diskaun 10% setahun bagi yang membuat pembayaran secara konsisten. Jom kita tengok:

"Menurut hukum, hutang wajib dibayar. Pinjaman PTPTN satu amanah, ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan. Oleh itu, bagi memudahkan proses pembayaran balik, Kerajaan akan memperkenalkan beberapa insentif. Pertama, bagi peminjam yang menyelesaikan hutang sekaligus dalam tempoh setahun selepas pengumuman ini, bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013, diskaun 20% akan diberikan ke atas jumlah pinjaman mereka."
 
"Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012, diskaun 10% setahun akan  diberikan. Kita tahu ada pihak yang mencadangkan supaya hutang keseluruhan PTPTN dimansuhkan, siapa yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN. Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia? Bertanggungjawabkah jika kita yang berhutang masyarakat yang menangung, itulah persoalannya."

Memang bagus juga sebagai insentif kepada peminjam untuk membuat pembayaran balik tapi persoalannya, berapa ramaikah yang mampu untuk membuat penyelesaian hutang sekaligus bagi menikmati diskaun 20%? Maybe dengan pemgumuman ini, diskaun 10% adalah yang bakal diterima oleh peminjam-peminjam PTPTN. Anyway ianya lebih baik daripada tiada apa-apa kan.

4 comments:

AY said...

Salam perkenalan dari rakan blogger.. afiq follow sini

nur said...

macam tak adil lak bagi yang baru habis bayar penuh.. :(

Cik Sara said...

Betul..betul.. Sekurang-kurangnya, dapat juga 10% tu.. Untuk yang dah habis bayar sebelum-sebelum ni, mungkin boleh minta kerajaan timbangkan untuk bagi saguhati.. weeee... Kerana generasi dulu pun komited juga membayar..

miss nina said...

baguslah at least ada penjimatan walaupun tak banyak. yang dah bayar penuh, mungkin rasa rugi tapi yelah benda ni pun dibuat atas kajian berdasarkan situasi semasa kan?