Pages

Saturday, September 1, 2012

Nasi Campur Sedap @Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala

Tengah hari tadi lebih kurang pukul 12.30 pi le makan kat Restoran Sambal Hijau, Jalan Sungai Penchala. Ianya dibuka seawal pukul 6.30 pagi hingga 2.00 pagi. Nak tahu lebih lanjut boleh call 03-7725 3259.
 Ianya berada di tepi jalan. Tak susah sangat nak cari.
Bersebelahan dengan Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah. So parking le tepi jalan ya.
Masa pergi tu lauk-pauk memang banyak lagi. Pilihlah yang mana berkenan di hati ya.
Kerabu dan sayur-sayuran pun banyak.
Ikan goreng, sayur, pegedil, ikan masin, telur masin campur pula dengan kuah memang sedap betul.
Yang ni pula ayam goreng pedas dan ikan bilis. Secara keseluruhan saya bagi rating 8.1 out of 10. Memang kalau yang tak pernah cuba, datanglah ke Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala. Memang sedap nasi campur kat sini.
Air tembikai sedap gak.
Semuanya RM22.50. OK gak harganya untuk 2 pinggan nasi dan 4 gelas air termasuk dengan air suam.
Alamak baru perasan ada ikan bakar, rugi tak cuba, next time le.
Kuih pun ada di sini.
Yang ni kitaorang tapau, kalau tak silap namanya bubur sumsum, memang sedap @RM1.50. Kat atas tu pandan, then santan dan bawah sekali ialah gula melaka.

3 comments:

Nur Fauzi Bassar said...

kawan selalu jugak makan kat sini masa dok kat sungai penchala. memang terkenal tempat ni. ade yg kerja kat media prima pun datang makan situ masa waktu rehat.

Makanannye memang sedap dan berbaloi dengan harga

mama tisya said...

tkpernah mkn tp opismates slalu gk pegi katanye sedp

nicole said...

memang sedap...I Nampak ramai mat saleh & Chinese p mkn gak :)