Ingat tak entri sebelum ni mengenai lantai nak merekah masa bulan puasa baru-baru ini? Mula-mula plan nak baiki sebelum raya tapi kontraktor busy so sekarang ni baru ada masa.
Memang mengambil masa untuk mengetuk lantai tu dan of course bising juga bunyi. Harap-harap lepas ni lantai kat bahagian lain tak ada masalah. Anyway kira bernasib baik juga sebab lebih kurang 5 tahun baru jadi, ada juga orang lain dah mengalami masalah sama awal lagi. Satu lagi semuanya lebih kurang 12 keping.
Selepas ketuk 12 keping, 4 keping jubin lama masih boleh digunakan. Tapi kontraktor tu beli 10 keping just in case.
Ianya memakan masa lebih dari 3 jam. Memang bukan satu kerja yang senang, melainkan bagi mereka yang dah biasa. Anyway lepas ketuk, kena guna gerudi untuk mengeluarkan simen dan glue yang digunakan pada masa yang lepas untuk lekatkan jubin tu.
Beginilah rupanya setelah selesai aktiviti mengetuk dan menggerudi lantai. Ada le 2 guni digunakan untuk buang benda alah ni.
So since, 4 jubin lama masih boleh digunakan, 8 keping le yang baru. Anyway warnanya tak sama sebab mana le nak cari jenis yang lama, dah memang tak ada. Hmmm, kalau tak silap yang baru ni jenama White Horse. Harga semua campur ngan upah adalah RM600. Nasib baik 12 keping yang kena. Dapat tahu ada yang kena lebih banyak, maybe dalam 30 keping.
10 comments:
xpe la xsama pown...asalkan lebih kurang sama....naseb baik 12 keping jew kan...klu banyak...lagi banyak lew RM terbang....
Wui..8 keping tu pn kena RM 600?? Wahahaha...
Mmg mahal skit harganya but kalo nak buat sendiri kita tak reti kan?
buat sendiri atau guna kontraktor. rumah saya pun ada masalah tiles pecah, tapi belum baiki lagi. kontraktor tu based kt maner?
Bila jadi benda mcm ni mesti sakit je mata tu tengok bahagian yang tak sama warna tu kan..
Habislah, lepas ni kena beli karpet cover lantai pulak. Kalau tak sakit mata tengok lantai lain warna.
oh dah setel rupanya..bagus2
Amir: suruh kontraktor, actually yang buat tu ialah pekerja yang selalu buat ngan kontraktor, ianya based kat KL
harga nya ok ke 600?..
nur: tak sure le, rasanya OK kot.
Boleh tahan keja kontraktor. Nampak cantik.
Post a Comment