Pages

Thursday, September 20, 2012

Penting ke Termometer?

Kalau tanya saya memang penting termometer ni terutamanya bagi yang mempunyai anak-anak kecil. Senang sikit nak monitor suhu badan. Yalah nak tahu sama ada seseorang tu demam ke tak or suhu badan adalah normal? Anyway termometer yang ni adalah digunakan di bawah ketiak. Ada yang digunakan pada telinga, mulut dan juga bahagian rektum.

Mengikut azemi09, suhu badan normal bergantung kepada tempat mana bacaan tersebut diambil:
  • Mulut: 35.5°C ke 37.5°C
  • Telinga: 35.8°C ke 38°C
  • Ketiak: 34.7°C ke 37.3°C
  • Rektum (dubur): 36.6°C ke 38°C
So apa pandangan kawan-kawan mengenai termometer ni? Maybe boleh gak berkongsi pengalaman mengenai perkara ini.

9 comments:

Mak Lagenda said...

Nagi mak,termometer nih mmg penting utk kita monitor suhu anak2 kita. Test letak tgn kat dahi anak2 dan x relevan dah skrg ni kot sbb kita tatau berapa suhu bdn anak kita

Perhentian Island said...

Termometer mmg penting lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil. Kadang kala anak kecil akan merengek dan menangis bila suhu badannya tinggi. Kenaikkan suhu yang kecil tidak dapat kita kesan jika cuma menggunakan tangan untuk memeriksanya maka disini termometer memainkan peranan yang penting.Kenaikan suhu badan yang sedikin pada anak kecil dapat mempengaruhi pertumbuhan dan mengganggu sistem badan mereka. Jadi fikir-fikirkan lah...

FARAH deeb said...

Benda yang WAJIB ade dirumah kalau ade anak-anak kecik ye! Saya ada! :)
My latest Entry :)
Saya trauma kat Encik Jamban

nur said...

tak silap ada gak jenis termometer yang boleh tembak kat kepala..

penting termometer ni.. setuju..
dari blog NUR

HiDa said...

bgi hida, termometer ni penting terutama bgi mereka yg ada anak2 kecil.. hida tengok kakak2 n abang2 selalu bawa alat ni kemana saja mereka pergi.. bila anak meragam lain macam je blh la check.. tuk rawatan awal... nnti blh la dapatkan khidmat pakar plak (klinik or hospital)..

vidalsisah said...

Benda alah ni penting sgt, sebab kalau anak2 demam bila kita rasa ngan tgn panasnya sket ajer, tp bila letak benda tu kat telinga masyaAllah suhu dah hampir cecah 40 darjah. Beli dn simpan la kat umah mana2 satu.

KiD said...

salah satu basic untuk anak.. mesti ada satu kat umah..

eynda said...

Memang wajib ada dlm setiap rumah especially yg ada anak2... pernah kena marah satu malam dgn doktor sebab takde simpan termometer kat rumah... malam tu jugak doktor suruh pi beli hehe....

AMIR.DIN said...

ramai ibu-ibu yang suka dengan post sebegini.