By now dah ramai yang tahu mengenai Bajet 2013. Ni nak cerita mengenai pemberian RM250 kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas. Yang ni adalah extension kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diberi sebelum ini. Anyway individu bujang yang layak adalah yang mempunyai gaji tidak lebih RM2,000 sebulan. Ianya akan dibayar mulai awal tahun 2013. Tunggu ya kepada yang layak.
Jom kita tengok sedikit teks ucapan mengenai orang bujang yang dapat RM250:
"Bersesuaian dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar, Kerajaan komited bagi memastikan setiap segmen rakyat Malaysia dapat berkongsi kemakmuran negara. Ini hanya akan berlaku, sekiranya ekonomi nasional terus tumbuh secara mapan dan kekayaan negara dapat terus dijana. Sukacita saya mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M 2.0. Kriteria penerima tetap sama iaitu ketua isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. Sebagai tambahan, sukacita juga saya mengumumkan pemberian BR1M 2.0 ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah RM250."
Memang bagus juga bagi pemberian RM250 ini walaupun sesetengah orang cakap RM250 tu tak bagi. Apa-apa pun, at least dapat juga something from Bajet 2013 kali ini. Ingat ya ianya akan dibayar awal tahun 2013.
Apa pandangan semua mengenai perkara ini?
8 comments:
kira oraitla tu. ada sesetengah orang dah boleh start buat bisnes walaupun dengan duit sebanyak tu kan.
sepenaraya.blogspot.com
Orang bagi kita terima. Tapi pemberian berdasarkan gaji basic atau dikira dari total gaji yang tertera di slip gaji?
betul @Adziim...orang beri kita terima je..=)...@skulluv...RM250 kat kelate dh bnyak tue..gaji ambo 1mggu.=)
Bagaimana pula dengan pelajar IPTA/IPTS/Kolej yang berumur 21 tahun ke atas.
kalau orang itu masih bujang dan ketua keluarga...dapat rm500 + rm250 tak..?
anon: yang tu tak sure le pula, kena tunggu pengumuman lanjut from govt. Tapi rasanya macam dapat RM250 aja sebab yang RM500 untuk yang berkeluarga
berita hr ini menyatakan pelajar ipt TIDAK TERMASUK dlm kriteria BR1M
bagai mana nak claim ni?
Post a Comment