Pages

Saturday, September 29, 2012

Apa Komen Anda Mengenai Bajet 2013?

Bajet 2013 telah pun dibentangkan semalam dan boleh baca ringkasan Bajet 2013 ya. Secara keseluruhan saya berpendapat ianya bajet yang boleh dikatakan OK. Banyak yang menerima manfaat seperti kakitangan awam yang dapat bonus 1.5 bulan dan pesara yang dapat kenaikan pencen sebanyak RM100 kepada RM820. Di samping itu juga, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) diberi lagi kepada yang layak serta dilanjutkan kepada individu bujang.

Tapi sorry to say yang pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar kepada belia berjumlah keseluruhan RM300 juta tu rasanya patut digunakan untuk tujuan yang lebih penting. Maybe ada yang marah apabila saya cakap macam ni.

Ini secara ringkas aja pandangan saya. Apa kata kalau kawan-kawan semua bagi komen mengenai bajet 2013.

5 comments:

Nur Fauzi Bassar said...

agree with you.

lebih baik buat bayar gaji cikgu guru yang belum dapat penempatan (macam ambo ni).
Kami juga juga menyumbang kepada negara hehe

JR said...

Dah bertahun2 tunggu pengumuman dlm bajet kerajaan nak turunkan harga minyak Ron95, tapi sampai bajet 2013 pengumuman itu masih tak berani dibuat...

Donny Ien said...

semoga bermanfaat untuk semua rakyat.. ada yang puas hati dan sebaliknya..

tasuke said...

bukan ke belia is 18-40 tahun ke..y jadi 30 tahun plak??? >_<

andd...y hanya utk berpendapatan 3k ke bawah saja?kenapa x buat saja unlimited becoz even u afford to buy the phone..u must afford to pay the bills too rite?paying bills can be considered as merancakkan ekonomi juga sbb spending kan?? :P

Anonymous said...

Macam kami yang dapat pencen kurang 200 sebulan