Pages

Friday, October 12, 2012

Keputusan Terkini Kelantan vs Selangor: Separuh Akhir Piala Malaysia 12 Oktober 2012


Update: Kelantan 2-0 Selangor (Ghaddar dan Farhan Kecewa)
  • 94": Permainan tamat dengan Kelantan 2-0 Selangor. Kelantan akan bertemu ATM di final pada 20 Oktober 2012 nanti.
  • 93": Pemain gantian, Piya menjaringkan gol kedua Kelantan hasil sepakan percuma di luar petak penalti, Kelantan 2-0 Selangor 
  • 87": Bosko Balaban dikenakan kad merah kerana menyiku pemain Kelantan
  • 84": Ghaddar menjaringkan gol, Kelantan 1-0 Selangor. Selangor memerlukan 3 gol jika mahu ke final
  • Ghaddar dapat kat kuning, kalau Kelantan dapat masuk final, Ghaddar tak dapat main sebab ianya kad kuning kedua untuk Ghaddar
  • Perlawanan separuh masa pertama baru sahaja tamat dengan keputusan kekal dengan 0-0. Banyak percubaan telah dilakukan oleh Kelantan dan Selangor tetapi penjaga gol bagi kedua-dua pihak banyak menyelamatkan keadaan.
  • Kelantan dan Selangor perlu mengubah strategi atau mencari jalan yang lebih baik bagi menjaringkan gol.
Malam ini, 12 Oktober 2012, pukul 8.45 malam berlangsung perlawanan bola sepak separuh akhir di antara Kelantan vs Selangor. Malam ini mereka akan bermain di Stadium Shah Alam. Perlawanan pertama menyaksikan Kelantan menang 1-0 di Stadium Muhammad IV.

Kelantan perlu menjaringkan gol awal bagi memberi tekanan kepada Selangor. Sebelum ini ATM berjaya menumpaskan Singapura Lions XII dan akan beraksi dalam final pada 20 Oktober 2012 nanti.

Kalau nak tahu perkembangan terkini keputusan Kelantan vs Selangor, boleh tengok di twitter sebelah kanan entri ini.
Inilah barisan pemain-pemain Kelantan yang diturunkan bagi mencari gol.
Bermain di tempat sendiri memberi kelebihan kepada Selangor. Kita saksikan perlawanan Kelantan vs Selangor.

2 comments:

NUR said...

Pasukan mana yang bakal lawan ATM.?.. Selangor atau Kelantan.. Tunggu result kat sini la.

Diari Maya said...

Gomo klate gomo! :p