Pages

Sunday, October 7, 2012

Kalau Macam Ni Bila Nak Habis Bayar Hutang?

Baca Kosmo tadi so nampak satu article mengenai "Hutang Ah Long RM20,600 Kena Bayar RM80,000". Memang sedih apabila mengetahui mengenai benda-benda macam ni. Memang teruk kalau ianya dihadapi oleh kita.

Maybe disebabkan bayaran bulanan or mingguan tidak dapat cover kos faedah. So sebab tu nilai hutang kita semakin meningkat.

Jom kita buat analisa mengenai perkara ini tapi of course peminjam ambil loan berperingkat so yang ni saya buat secara general:
  • Hutang = RM20,600
  • Tempoh bayaran so far = 24 bulan
  • Kadar faedah = 9% sebulan
  • Bayaran bulanan = RM1,550
  • Jumlah faedah bulan pertama = RM1,854 (RM20,600 X 0.09)
  • Baki pinjaman hujung bulan pertama adalah RM20,904 (RM20,600+RM1,854-RM1,550)
  • Setelah 2 tahun:
    • Jumlah pembayaran = RM37,200
    • Jumlah faedah = RM60,544
    • Baki = RM43,944 (RM20,600+RM60,544-RM37,200)
  • So kalau keadaan ini berterusan, dalam masa 1 tahun akan datang JUMLAH HUTANG = RM92,493
Kawan blogger ada cakap, benda ini boleh berlaku jika kita ambil loan dengan bank juga selagi bayaran bulanan kita tak boleh cover interest yang dikenakan. Maknanya baki kita dari sehari ke sehari akan bertambah walaupun kita buat pembayaran setiap bulan.

9 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

betul2.. sian nye.. kena bayar bunga aje la..

Myvitrd said...

jgn cuba2lah buat hutang dengan along ni.. memang gali kubur sendirilah jawabnya

NUR said...

Berhutang le sampai ke tua..

Syarih said...

nampak jumlah tu pun dah letih dah...elok tak yah pinjam pun tak pe ye...kalau nak nega pun kecik-kecik jadilah..

vidalsisah said...

Sangat menakutkan, mintak2 perkara sebegini takkan terjadi kpd kita kan.

Cikgu Ma said...

pening dgn hutang...sekarang saya berhutang dengan ptptn...

HeNRieTTa JoSe said...

klu macam tu...hutang mmgxkan habis lew...hmm....bulanan pown dh banyak...cmne nak cover imbuhan lagik...

cimon said...

Rasenye hutang dgn bank pon bley jadi camnie kalo lambat byar kan?

Zura said...

bank ngan ahlong sama je..