Pages

Saturday, November 17, 2012

Dah Daftar XPAX Untuk Danish

Setelah mengambil kira pandangan dan buat perbandingan mengenai pelan prepaid telefon, saya mengambil keputusan untuk beli XPAX untuk Danish.
Pilih punya pilih nombor di The Cube Midvalley, ambil le yang ni. By the way, saya beli XPAX ni untuk guna sebulan lebih je bagi tujuan nak check Danish sampai ke pusat tuisyen. Kalau untuk penggunaan tempoh lebih lama, rasanya faktor-faktor lain akan diambil kira. Anyway plan juga nak ambil UOX ataupun SOX tapi yang tu ada had umur i.e. 12 tahun ke atas.
Mudah sekarang kan nak beli prepaid, hanya RM8.50 aja, kalau dulu-dulu beratus-ratus ringgit.
Ambil aja sim card, masuk dalan telefon. Senang kan, tapi tunggu belum boleh guna lagi, kena daftar dulu.
Inilah borang pendaftaran. Tak banyak sangat info yang diperlukan. Tunggu lebih kurang 2 or 3 jam, dah boleh guna. Anyway starter kit tu termasuk dengan kredit sebanyak RM5.00.
Ni le validity period. Sim card tu boleh tahan 30 hari, maknanya kalau ada kredit boleh guna sehingga 30 hari. Hari ke 31 tu kenalah topup ya, kalau nak buat panggilan atau sms.
Ni pula table mengenai tempoh kredit. So maknanya kalau kita reload RM10, 7 hari akan ditambah. Anyway, ada sesetengah telco, jumlah hari ialah 3 kali ganda, maknanya dengan RM10, 30 hari boleh kita guna. Tapi validity period bukannya hanya faktor yang perlu dipertimbangkan. Ada faktor lain seperti kadar panggilan dan sms.
Ni pula kadar bagi XPAX, panggilan dan sms.

2 comments:

hananhadila said...

sekarang sume plan celcom 28 sen spuloh minit , kalo yang suke berbual untunglah , tapi kalo yang x suke , rugi lah . haishh -.-

.*.WiE.*. said...

plan celcom memang murah.. boleh gayut lama2.. cuma plan data dia yg paling mahal.. huhu..