Inilah hadiah yang dimenangi oleh kami sekeluarga sempena hari keluarga tempat kerja. Ianya berlangsung di Sunway Lagoon. Actually daftarkan permainan untuk Danish dan Afiqah satu setiap orang tapi memandangkan semasa kat sana tak cukup peserta so diaorang mainlah.
Inilah hadiahnya, set alat tulis, bekas sarapan, pisau dan bekas simpan makanan IKEA. Anyway terdapat tiga kumpulan dalam family day. Kami berada dalam kumpulan Spongebob, dua lagi adalah Angrybirds dan Doraemon.
Yang kelakarnya macam mana le Danish dan Afiqah main untuk kumpulan Angrybirds dan Doraemon. Belasah ajalah kan, nak cukupkan kuota, masuk le kumpulan mana-mana pun. Games untuk kanak-kanak adalah musical tubes (macam yang guna kerusi le), water bomb (sambut belon yang diisi dengan air) dan fast N fishy (pi tangkap ikan plastik dalam air guna tangan).
Hmmm, tak dapat cabutan bertuah pun tak apalah janji kami sekeluarga happy. Anyway hadiah-hadih lucky draw termasuk Samsung SIII, Samsung Tab 2, iPad, voucher sogo dan macam-macam lagi.
Memang letih gak tapi apa yang penting anak-anak gembira. Nanti saya update lagi mengenai hari keluarga di Sunway Lagoon.
2 comments:
bestnya family dayyyy!!
tiada yang lebih menggembirakan hati selain melihat keluarga bahagia dan happy :)
Post a Comment