Pages

Sunday, November 11, 2012

Takut Tak Tengok Hantu kat Scream Park @Sunway Lagoon

Semalam pi Sunway Lagoon sempena hari keluarga, sempatlah masuk ke Scream Park. Masa sampai kat Scream Park, tak ramai sangat yang beratur. Anyway lebih kurang 20 orang masuk dalam satu masa. So masuk je, bilik ditutup dan taklimat ringkas diberi oleh petugas Sunway Lagoon.

lebih kurang dia cakap "Jangan risau, hantu-hantu tak akan sentuh kita dan make sure jangan sentuh hantu-hantu tu". Lepas tu, kena teruskan perjalanan dalam kawasan yang gelap dan ada yang bertangga juga. Jangan guna handphone ataupun ada lampu ya. Nanti tak dapat le feel. Ambil foto tak dibenarkan so sorry le tak ada gambar yang nak dikongsi.
Ini hantu kat luar jaga kaunter ya. Selepas jalan-jalan di kawasan tu, kitaorang disiarkan dengan tayangan lebih kurang 3 minit. Kiranya preview apa yang ada kat dalam. Then inilah masanya, daripada 20 orang tadi, diaorang lepaskan dalam 3 peringkat. So jalan-jalan le. Diaorang masuk so terdengarlah jeritan ketakutan.

Di sepanjang perjalanan tu, ada pelbagai jenis hantu, zombi, pocong dan macam-macam lagi. Ada yang keluar disebalik pintu, atas tembok, jalan-jalan tepi kita, ikut dari belakang. Kebetulan saya dok kat belakang sekali, so tak le takut sebab hantu-hantu tu dah keluar dari depan so tahu le.

Hantu yang ikut dari belakang tu biarkan le dia. Lagipun kan dia tak sentuh kita. Ada member sorang kat depan tu siap bertepuk tangan dengan hantu, yang kat atas tembok so saya pun buat benda yang sama.
Last part kitaorang diberi glasses 3D, kiranya kat tepi dinding tu nampak real le. Ada satu part tu banyak sangat pocong tapi jaga-jaga sebab dalam banyak-banyak pocong tu, ada yang real yang akan sergah kita. Secara overall, tak takut sebab maybe saya dok kat belakang so dah tahu hantu dah keluar, orang yang kat depan akan panik dan terkejut.

 Nasihat saya kalau nak rasa takut dan mengalami pengalaman seram di Scream Park di Sunway Lagoon, dok le kat depan.

3 comments:

hananhadila said...

x pernah ade pengalaman masuk rumah hantu -.-

Nur Fauzi Bassar said...

nak lagi feel pun boleh..free je hehe. silap2 memang yang real muncul =b

Mummy Akmar said...

pernah pegi ke Sunway Lagoon masa darjah berapa ntah..mmg dah lama betul..last sekali masa di Uni tengok konsert pussy cat dolls..pehtu takpernah pegi..mcm2 dah ada yer di sana