Hari tu hantar claim upah tarik kereta disebabkan kereta rosak. Ini disebabkan Automobile Association of Malaysia (AAM) kat Kelantan tiada kenderaan penunda masa tu. Since saya member AAM, so saya berhak untuk mengemukakan claim.
Lebih kurang 2 bulan dapatlah cek daripada AAM. Hmmmm, kalau ikutkan tarikh cek, ianya hanya dalam masa 1 bulan aja. Tak kisahlah kan, walaupun ianya hanya RM60, dapat duit siapa tak suka kan?Anyway sebut pasal duit ni, ada orang cakap pelaburan dalam hartanah tanpa modal tu boleh dibuat?
Kalau ikutkan claim saya melebihi had yang dibenarkan tetapi berdasarkan guidebook muka surat 22, saya berhak untuk mendapat jumlah keseluruhan pembayaran upah tarik kereta. Hmmm, tak ingatlah apa benda yang ada dalam page 22 tu, lagipun guidebook entah letak kat mana. Kalau tak silap saya, kita berhak untuk buat tuntutan tunda kereta tidak melebihi RM200 setahun dan ianya hanya boleh buat sekali dalam setahun aja. Kalau kena tunda 2 kali dalam tahun yang sama, maybe kali kedua tu tak dapat penuh le, kena tengok berapa ringgit satu kilometer. Apa-apa pun, saya so far memang berpuas hati dengan AAM.
2 comments:
RM60 tu duit gak....
mcm2 leh buat....
rm60 tu aku bleh buat duit minyak 2-3 minggu.
Post a Comment