Pages

Thursday, November 29, 2012

Bayar Parking Guna Kupon?

Memang betul, so far kat Melaka yang mengamalkan sistem berkupon untuk parking. Kadarnya adalah 60 sen bagi satu jam. Jom kita tengok macam mana rupanya kupon. Ingat ya, parking kena bayar tiap-tiap hari walaupun hari minggu from 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Ianya dijual dalam  bentuk buku. So satu buku ni ada 10 keping dengan harga RM6.00. So bila nak guna kenalah koyak kupon tu.
Ni le rupanya kupon. So bila nak guna kena goreskan pada lima tempat iaitu tahun, bulan, hari, jam dan minit. So maknanya dalam masa satu jam selepas waktu yang digores, ianya akan berakhir. Sebagai contoh kalau kita gores kul 3.30 petang, ianya untuk 1 jam sehingga 4.30 petang.
Kalau nak beli kupon ni kena cari signboard ni. 
Kalau nak parking untuk tempoh 2 jam, so kena letak 2 keping kupon. i.e gores untuk kul 3.30 petang dan 4.30 petang. so parking untuk tempoh 2 jam from 3.30 petang hingga 5.30 petang.
Jangan tak bayar parking ya, kalau tak kenalah saman dengan kadar RM30. Sorry le tak sempat nak survey, cara pembayaran saman.

14 comments:

Zeaf I-sahus said...

skrg gores kupon..dulu kupon tu jenis koyakkan.. ramai yg tipu ie guna semula kupon yg dah guna..(tp kat JB la, kat Melaka xtau.. hehe)

iela said...

Kat Kluang Johor pon guna sistem parking berkupon jugak :D

Nur Fauzi Bassar said...

Johor pun guna sistem kupon macam kat Melaka jugak.
Kadang terlupa letak, dapat la 'surat cinta' selit kat wiper kereta nanti.

Fendy said...

kat johor pon sama....

amirah said...

kalau saman MBMB ada pandu lalu di bangunan MBMB ayer keroh. ada juga booth MBMB dlm kompleks dataran pahlawan. enjoy your holiday in melaka bro nik n family...jgn jemu dtg melaka ye..setahu saya jugak melaka je yg kena gores setiap hari walaupun Ahad..

vidalsisah said...

Mcm kat kuantan jugak la tu, tp kat kuantan saman parking sampai kul 10 mlm taw dan saman petak dan line kuning plak sampai 24 jam yu. Baru tau lepas kena saman... mencik.

HeNRieTTa JoSe said...

Kt cni piwn sama....tp klu prgi sp, rietta cr yg stu jam jew...sbb dh pernha bli stu bku....tpi bkn selalu pergi...smpai expired xabis guna....bazir jew...

Hani Syahani said...

kat muar pon same, pantang parking kejap, kalo xletak kupon laju je surat saman tu dtg, cepat betul dia cek!

✿A I N A A✿ said...

bukan kat Melaka je, kat tg malim pekan kecil ni pun guna sistem ni.. hurmm.... dah la mahal lak tu.. nk shopping lama2 pun payah

HiDa said...

kat Tanjung Malim pn gne kupon gak.. tahun lepas 40 sen sejam.. tahun ni x pasti plak sbb x bwe kete.. tahun lpas gak dah kne saman rm20.. tu pn parking jap nk g bli kupon.. cepat betul pegawai tu wat kje... dia ckp dah tulis, xleh nk tarik balik.... huhuhu...

Anonymous said...

I'm really loving the theme/design of your weblog. Do you ever run into any web browser compatibility issues? A handful of my blog readers have complained about my site not operating correctly in Explorer but looks great in Chrome. Do you have any recommendations to help fix this problem?
Also visit my web site : how to play piano

Daddy Zuki said...

salam. kalau di Kota Bharu mmg la sy berhati2 dgn byran parkir kereta ni...kalau kena saman siap kena kunci tayar plak. tp kalau di pekan2 lain di kelate, sy buat derk aje...so far so good...hehehehe..

by the way, i have closed down my main blog i.e. www.jukdin.com (huhuhuhu) due to technical reason and right now I am writing from my new blog. Thanks.

jaakechik said...

tengkiu ler share info, nanti mudah bila nak ke melaka.

p/s : terima kasih sudi komen blog saya. terharu bila si otai dtg.

ash said...

Ish.. Menyeksakan ker menyenangkan kalau cam ni?

BY: djdanchef
== ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==