Pages

Sunday, November 25, 2012

Tempat Makan Wajib di Melaka @Ikan Bakar Parameswara Umbai

Memang kalau pi Melaka tak sah kalau tak singgah di Umbai untuk menikmati masakan berasaskan makanan laut, salah satu daripada tempat menarik di Melaka. Kat Umbai ni lebih kurang 13 kilometer dari bandar. Kat sini memang banyak restoran yang menjual ikan bakar tapi yang paling besar dan ramai pengunjung ialah Ikan Bakar Parameswara. Ianya terletak dihujung sekali.
Ni le menu yang ada dan juga harga bagi masakan kat sini. Secara keseluruhan ianya lebih murah dari di Kuala Lumpur ataupun di Bagan Lalang, lebih kurang separuh harga.
Mula-mula pilihlah ikan atau hidupan laut yang berkenan di hati pas tu bagi kat diaorang untuk ditimbang dan juga kena order masakan apa yang kita nak.
By the way, nak masuk untuk makan di Umbai ni, parking dikenakan bayaran sebanyak RM1.
Selepas order makanan pas tu diaorang bagi nombor dengan benda alah besi tu untuk diletak atas meja. Then order le pula minuman.
Nak tahu alamat Parameswara? Ianya terletak di Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu, Umbai, 75450 Melaka. Boleh call 06-261 6106 ataupun boleh e-mail ikanbakarparameswara@yahoo.com.
Lepas order air dan juga nasi, diaorang ada tanya nak tak buah-buahan. Kalau nak diaorang akan letak atas meja. Untuk buah-buahan ni ianya berharga RM4.00. Memang OK juga, ada tembikai, jambu dan epal.
Kitaorang order tomyam @RM9.00. Rating saya bagi 7.5, tak rasa sangat macam tomyam tapi macam sup aja. Tapi OK gak sebab Afiqah enjoy makan benda alah ni.
Seperti biasa, sotong goreng tepung memang menjadi kegemaran saya. Tengoklah sotong tu memang nampak sedap, tak macam sesetengah tempat yang mana bentuknya macam cekodok. Kitaorang ambil seekor aja, yang medium. Maklumlah makan untuk dua dewasa dan satu kanak-kanak. Danish lebih prefer makan makanan lain. Sotong ni tepungnya tak garing sangat maybe untuk elakkan sotong jadi kenyal. Yang ni saya bagi rating 8.3 out of 10. Percaya tak harga sotong ni hanya RM3.80?
Pas tu kitaorang order ikan siakap masak masam manis. Ikan ni sederhana besar, memang kenyang betul untuk makan dua orang. Maybe next time datang sini kitaorang order, sotong, udang dan juga ketam. Ikan memang garing dan rasanya memang sedap, tak rasa macam tanah. Yalah sesetengah ikan macam rasa tanah aja, tapi yang ni boleh dikatakan sempurna. Rating saya bagi 8.1 out of 10.  Harganya adalah RM23.40, tak sampai sekilo.
Ni sosnya, pilihlah yang mana satu berkenan.
Memang kenyang makan kat sini, nak jalan pun terasa malas aja.
Semua sekali termasuk air, buah-buahan dan naasi adalah RM51. Memang OK. Lain kali datang Melaka, nak singgah lagi di Ikan Bakar Parameswara yang bertempat di Umbai.

10 comments:

velasrizal said...

slalu penuh kt sini especially weken

Amira Fairul said...

memang sedap dan berpatutan dengan harga. miss melaka. salam kenal.

Fauzi The Explorer said...

situ memang terbaek la bro

SURIA AMANDA said...

murah plak erk...

Anonymous said...

nak lg murah kt muar,,,sabak awor,,,separuh harga dr parameswara,,,3 X sedap plk tu,,,,

StarPrincess said...

as salam..., mesti kena pergi ni...thnx ye sbb sharing...kena g ni...^_^

mel said...

Dok tengh menikmTi ikn bkr cn.

mamaruzi said...

As salam. Mama teringin nak kesana....sapa bole hantar mama?ma akn byr tambang perjalanan dari hotel ke sana...bulan march ma akn ke melaka.thks ya..

Anonymous said...

kg den..tokey tu kawan den...kebanyakan pekerja kat situ rakan kg den

Love Razila said...

wOW...Murah sangat ni =)