Pages

Monday, June 11, 2012

Rasa Nak Tercampak Naik Boat @Island Hopping Pulau Langkawi

Kalau datang melawat Langkawai jangan lupa untuk island hopping, iaitu melawat dari satu pulau ke satu pulau yang lain menggunakan boat. Kitaorang pi kat salah sebuah travel agent kat Pantai Chenang. Bayaran yang dikenakan adalah RM25 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak berumur 3-12 tahun). So semuanya RM90. Ada yang mengenakan RM30/RM20. Pandai-pandai le cari ya. 
Inilah boat yang digunakan bagi menikmati pengalaman berhopping di pulau ni. Satu boat boleh memuatkan 20 orang, kalau nak private boleh sewa satu boat dan harganya kalau tak silap RM300, ada yang lebih murah dan lebih mahal.
So far OK lagi apabila bergambar di jeti. Anyway masa untuk kitaorang bertolak tu pagi punya, 9.00 pagi tapi kena tunggu le pula sebab boat kitaorang belum sampai lagi. Ada banyak syarikat yang mengendalikan, ianya boleh dibezakan dengan sticker yang diberikan. Memang ramai betul orang kat jeti ni. 
Sabar ya kejap lagi boat akan berlepas. Jangan risau semua dapat life jacket ya.
Tengok tu ramai orang menunggu. Sabar ajalah.
Keadaan dalam boat memang rasa macam nak tercampak aja. Cukup laju, i think yang hamil tak sesuai dan kanak-kanak yang kecil maybe akan menangis. Tapi yang suka cabaran, kena cuba benda alah ni.
Terlupa nak cakap kitaorang melawat 3 pulau, Pulau Dayang Bunting, Pulau Helang dan Pulau Beras Basah. Semuanya untuk tempoh 4 jam termasuk diaorang ambil from hotel-naik boat-hantar kembali semula ke hotel. So tak susah-susah nak pi jeti sendiri.
Sampai kat Pulau Dayang Bunting, kenalah naik tangga maybe lebih kurang 5-10 minit untuk ke tasik.
Kalau nak sewa life jacket ke, naik canoe ke or paddle boat sila kan, boleh gunakan kat tasik ya.
Tak nak mandi pun tak apa, tengok-tengok le kawasan ni ya.
Suka betul Afiqah dapat topi arnab ni. Beli kat sini benda alah topi ni @RM26, kalau tak silap.
Nak tahu lagenda Dayang Bunting silakan baca ya.
Kalau nak ke sini make sure jangan bawa beg plastik ya sebab sini memang banyak betul monyet. Entah makanan siapa yang dirembat.
Inilah rupanya bukit-bukit yang menyerupai Dayang Bunting. Tengok betul-betul ya.
Kan dah cakap jangan bawa plastic bag. Habis le tuala tu, nasib baik bukan wallet ke, telefon ke.
Selepas berada di Tasik Dayang Bunting selama 1 jam, destinasi seterusnya adalah Pulau Helang. Kat sini kejap aja.
Bolehlah tengok helang makan apabila pemandu bot tu baling kulit ayam. Kat sini kejap aja, tak sampai 5 minit.
Tempat terakhir ialah Pulau Beras Basah. Cari punya cari tak jumpa le pula kat mana beras berada.
Ramai yang datang sini untuk mandi tapi kitaorang lepak-lepak aja.
Danish dan Afiqah bermain dengan pasir aja, apa benda yang diaorang buat pun saya tak tahu tapi yang penting mereka enjoy.
Selepas hampir 4 jam kesemuanya bermula masa diaorang ambil di tempat penginapan, sampai masanya untuk balik. Memang enjoy naik boat dan menikmati suasana di pulau-pulau. Dengan kos kurang RM100, memang berbaloi pi "belayar" kat pulau ni. Nanti tunggu ya entri mengenai tempat-tempat lain pula.

7 comments:

Geng Borak said...

teringat aku gi dayang bunting nih.. =)

icee-yah said...

Waa..mmg mcm org mngndungkn

Mak Lagenda said...

seronoknya buat island hopping!

hazman aka species1980 said...

whoaaa... kali nie bro memang pulun abis yea holiday kat langkawi...dan rasanya inilah entry yang meriah ngan gambar anak2x bro... teruskan yea sebab memang ramai orang suka baca gelagat budak2x or anak2x nie

Diari Maya said...

Waa tentu pengalaman yg hebat kan. Akak lom pernah lg naik boat.

Anonymous said...

Best tapi mcm2 berlaku kat tasik. I ambik gambar ade shadow org kat Pokok.....berhati hati la ke sane....but nice Plc to be....

Anonymous said...

Boleh contact saya kalau nk pegi island hopping 0194627272