Bagi yang ingin mengetahui keputusan terkini perlawanan persahabatan bola sepak di antara Malaysia vs Manchester City yang berlangsung hari ini, 30 Julai 2012, boleh ikuti di goal.com.
Agak-agak pasukan manakah yang akan memenangi perlawanan Malaysia vs Manchester City? Boleh juga baca keputusan live Malaysia vs Manchester City.
Keputusan tamat perlawanan: Malaysia 1-3 Manchester City. Gol Malaysia dijaringkan oleh Azammuddin Mohd Akil. Jom tengok youtube.
Monday, July 30, 2012
Sunday, July 29, 2012
Juadah Berbuka di MZ Darulnaim @Kampung Baru
Terasa nak makan masakan Kelantan? Apa kata singgah le di MZ Darulnaim untuk membeli juadah berbuka. Ianya berdekatan dengan KL International Hotel, area Kampung Baru.
Tahu tak kuih apa ni? Kalau tak siap orang Kelantan panggil mek bab. Entahlah betul ke tak main hantam aja le.
Yang ni pula pulut seri kaya telur. Memang rupanya nampak sedap. RM1 sepotong, memang banyak gak portionnya.
Yang ni lompat tikam. Entah apasal diaorang panggil ngan nama ni. Kalau tak silap RM3 satu bekas.
Kuih bingka, macam bunga pula rupanya.
Pelbagai jenis agar-agar ada. Pilihlah yang mana berkenan di hati.
Akok pula dijual pada harga 50 sen sebiji.
Pengat pisang pun sedap tapi nampak macam manis aja.
Ayam bakar @ percik ni dijual pada harga RM5 sepotong.
Lauk pauk memang banyak di sini. Banyak yang jenis bersantan.
Kalau yang minat ngan ulam, kat MZ Darulnaim ni boleh didapati ya.
Inilah ayam percik yang siap dibungkus. Ada yang 2 ketul, 3 ketul dan 4 ketul.
Lagi lauk pauk dan juga sayur-sayuran.
Akhirnya untuk yang suka nasi kerabu boleh beli benda alah ni. So kalau nak rasa masakan Kelantan boleh cuba kat MZ Darulnaim berdekatan KL International Hotel @Kampung Baru.

Semakan PLKN 2013
Nak semakn PLKN bagi tahun 2013. Jom apa lagi dengan melayari http://www.khidmatnegara.gov.my/. Bagi yang pernah menyertai PLKN, apa kata kongsi pengalaman kat sini.
Adakah modul bagi tahun 2013 sama? So bagi yang baru aja nak masuk tanya-tanya le mereka yang pernah pergi ya. Tapi jangan lupa semakan dulu sebab kalau nama ada tak pergi kan tak pasal-pasal kena denda.
Senang aja nak semak, layari mana-mana server, i.e. http://apps1.khidmatnegara.gov.my/terpilih pas tu masukkan nombor kad pengenalan then click cari ataupun boleh hantar sms dengan PLKN hantar ke 15888 atau telefon 03-40274747. Senang kan cara nak buat semakan PLKN 2013?
Of course le sharinginfoz tak dijemput. Adakah anda terpilih untuk menyertai PLKN 2013?
Adakah modul bagi tahun 2013 sama? So bagi yang baru aja nak masuk tanya-tanya le mereka yang pernah pergi ya. Tapi jangan lupa semakan dulu sebab kalau nama ada tak pergi kan tak pasal-pasal kena denda.
Senang aja nak semak, layari mana-mana server, i.e. http://apps1.khidmatnegara.gov.my/terpilih pas tu masukkan nombor kad pengenalan then click cari ataupun boleh hantar sms dengan PLKN
Saturday, July 28, 2012
e-penyata gaji @Jabatan Akauntan Negara
Tahukah anda apakah itu e-penyata gaji? Ianya adalah satu portal yang mana penjawat awam boleh check penyata gaji online @Jabatan Akauntan Negara (ANM). Nak check penyata gaji boleh masuk https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx.
Memang cukup mudah sekarang ni kan? Yalah tak perlu tunggu hard copy penyata gaji, ianya boleh diakses melalui online dan pas tu print or boleh simpan dalam bentuk digital ke kalau mahu.
So apa lagi gunakan e-penyata gaji untuk mengetahui penyata gaji bagi penjawat awam yang dijayakan oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM).

Berapa Nilai Medal Emas Sukan Olimpik 2012?
Menarik juga article kat dalam website CNBC mengenai harga medal emas Sukan Olimpik 2012 di London tahun ini. Ia mengganggarkan harga medal tersebut adalah USD648 (RM2,047), kadar pertukaran USD1=RM3.16.
Ini berdasarkan harga emas dan perak. Untuk pengetahuan, berat medal emas untuk Sukan Olimpik 2012 adalah 412 gram dengan kandungan perak (92.5%), emas (1.34%) dan selebihnya tembaga (6.16%). Mengikut garis panduan, sekurang-kurangnya 6 gram emas perlu digunakan dalam medal emas. Tapi dalam kes medal emas Olimpik London, ianya hanya 5.5 gram aja.
So itulah jawapannya nilai medal emas Sukan Olimpik 2012 adalah RM2,047. Nak tahu lebih lanjut boleh baca ya.

Lantai Nak Merekah?
Tadi selepas sahur, tiba-tiba dengar macam bunyi lantai macam nak merekah, risau juga. Takut-takut kejadian yang tidak diingini berlaku, minta dijauhkan. Anyway bila tengok kat jubin lantai tu macam bahagian yang mencantumkan jubin tu sedikit naik. Sorry kalau tengok kat gambar ni tak nampak.
Bila ketuk-ketuk jubin tu, bunyi macam bahagian dalam (simen) tu kosong aja. Nanti nak call management nak suruh diaorang check benda alah ni. Untuk pengetahuan saya tinggal kat high rise building dah masuk tahun ke-5.
Boleh baca di lowyat mengenai masalah rumah termasuk perkara yang berkaitan dengan crack. Ada juga kes begini berlaku di tempat lain, bunyi macam mercun pas tu jubin tercabut or retak @utusan.
Maybe yang ada info or pernah mengalami situasi macam ni, boleh bagi pandangan. Thanks.
Update: Check ngan management tadi, diaorang cakap kena suruh kontraktor tengok, jubin tu akan terkeluar tapi kes tu jarang berlaku di bawah developer dioarang, kadang-kadang aja. Tak ada le sampai lantai tu runtuh. Risau juga bermain di fikiran sebelum ni.

Friday, July 27, 2012
Keputusan Terkini Perlawanan Persahabatan Arsenal vs Manchester City 27 Julai 2012
Kalau nak tengok keputusan terkini perlawanan persahabatan Arsenal vs Manchester City yang berlangsung hari ini, 27 Julai 2012 boleh tengok kat website goal.com.
Beberapa hari yang lepas Arsenal menang 2-1 lawan Malaysia.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger Puji Pemain-Pemain Malaysia
Anyway gambar ni diambil kat website Arsenal. Malaysia bermain dengan cemerlang menentang Arsenal baru-baru ini dan keputusan memihak kepada Arsenal dengan 2-1 walaupun Malaysia mendahului dengan gol cantik oleh Azmi Muslim.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji pemain-pemain Malaysia:
Tengok gambar-gambar sekitar perlawanan (click tab pictures) tapi gambar ni menarik perhatian saya, siapalah gerangan dua insan ni.

- Aidil Zafuan: memang bagus di bahagian pertahanan
- Safiq Rahim: memang terbaik juga
- Gary Steven Robbat: pemain gantian yang bagus. Sebenarnya Malaysia mempunyai ramai pemain yang bermain dengan bagus
- S. Kunanlan
- Penjaga gol, Farizal Marlias: sememangnya fantastic dan boleh membaca permainan dengan baik. Secara keseluruhan, Arsene Wenger dapat melihat ramai pemain yang bagus.
Tengok gambar-gambar sekitar perlawanan (click tab pictures) tapi gambar ni menarik perhatian saya, siapalah gerangan dua insan ni.
Thursday, July 26, 2012
Penting Ke Sistem Fail?
Kalau kat pejabat memang tersusun fail kan? Tapi kalau untuk tujuan persendirian agak-agak penting ke kita fail dokumen-dokumen? Kalau tak fail mesti susah nak cari or senang untuk hilang.
Antara dokumen-dokumen yang penting ialah berkaitan dengan sijil perkahwinan, surat lahir anak, slip gaji, dokumen jual-beli rumah, beli kereta, takaful, pelaburan, bil-bil, sijil-sijil masa kita belajar, urusan income tax dan macam-macam lagi.
Lebih mudah kalau kita kategorikan benda alah ni agar senang untuk kita cari bila kita perlu dokumen tersebut. Contoh yang paling senang ialah income tax, kan benda alah ni setahun sekali so simpanlah baik-baik ya. Tak ada le susah bila kita nak isi e-filing nanti. Takkan main hantam aja, kan kena audit, teruk nanti.

Wednesday, July 25, 2012
Bonus Setengah Bulan Kakitangan Awam dan RM500 untuk Pesara 9 Ogos 2012
Sumber: khairil
Berita baik untuk kakitangan awam dan juga pesara. Pada 9 Ogos 2012 nanti, bonus akan diberi sebanyak setengah bulan untuk kakitangan awam dan bagi pesara pula mereka akan menerima RM500 pada tarikh yang sama.
Nak tahu lanjut mengenai bonus kakitangan awam dan juga RM500 untuk pesara boleh baca kat The Star. Ingat ya pembayaran akan dibuat pada 9 Ogos 2012. Baguslah boleh buat untuk belanja menjelang hari raya puasa nanti.

Prestasi Unit Trust Public Mutual @KWSP untuk Setahun Setengah
Lebih kurang setahun setengah yang lepas @Januari 2011, saya ada masuk unit trust Public Mutual melalui pengeluaran wang KWSP sebanyak RM10,000.
So sekarang ni, setelah 1.5 tahun bersama Public Mutual, nilai sekarang adalah RM10,962.82, iaitu peningkatan sebanyak 9.62%, slightly better than dividen kat KWSP. Ini memandangkan dividen yang diumumkan bagi tahun 2011 adalah 6% so kalau setahun setengah lebih kurang 9.0%.
Anyway kadar kenaikan unit trust ni tak meet my target lagi @10% setahun. Tapi oklah lagipun "just nak test" RM10,000 ni.
Kalau tengok dari segi performance, dana Public Islamic Dividend Fund (PIDF) naik sebanyak 12.7 berbanding Public Islamic Equity Fund (PIEF) sebanyak 6.5%. So sebab tu le diversification sangat penting walaupun letak dalam dua dana aja. Kita tak tahu yang mana lagi perform kan?
Prestasi sebelum ni:

Tuesday, July 24, 2012
Keputusan Malaysia vs Arsenal: Persahabatan 24 Julai 2012
Update: Keputusan akhir: Malaysia 1-2 Arsenal
Berita baik untuk penggemar sukan bola sepak Malaysia. Malaysia mendahului Arsenal dengan 1-0 hasil jaringan cantik oleh Azmi Muslim ke arah kiri pintu gol Arsenal. Ada 45 minit lagi sebelum berakhirnya perlawanan persahabatan hari ini, 24 Julai 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Begitulah perlawanan Malaysia vs Arsenal 2012 bagi separuh masa pertama.
Malaysia banyak membuat serangan dan sepakan Safee Sali sebelum berakhirnya separuh masa pertama dengan menggunakan kaki kiri ke arah pintu gol berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Arsenal. Sepakan leret Norshahrul Idlan Talaha pada minit-minit awal berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol.
Arsenal pula banyak mendapat peluang tapi gagal disempurnakan dengan baik terutamanya oleh Santos dan juga Chamakh. Kredit perlu diberi kepada penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias dan juga pemain-pemain pertahanan seperti Aidil dan juga Subramaniam. Penguasaan menyaksikan dengan Malaysia 49% dan Arsenal 51%.
Nak tengok video jaringan Azmi Muslim boleh tengok kat sokernet @youtube.
Kita tunggulah nanti keputusan perlawanan Malaysia vs Arsenal. Untuk keputusan terkini boleh check kat Akudansesuatuz @Keputusan Malaysia vs Arsenal Live 24 Julai 2012 (Perlawanan Persahabatan).
- Malaysia (Azmi Muslim: 46")
- Arsenal (Thomas Eisfield: 86", Chuke Aneke: 87")

Jom Kongsi Pengalaman di Bazar Ramadhan 2012
Memang bulan Ramadhan, ramai betul yang nak tahu mengenai bazar Ramadhan. Maklumlah nak cari juadah berbuka. Anyway apa kata yang telah pi bazar Ramadhan tahun ni, 2012 dan tulis entry mengenai bazar, bolehlah tinggalkan permalink dan bazar mana yang telah diterjah kat ruangan komen. Ianya untuk Selangor dan Kuala Lumpur.
Nanti saya akan letak ur entry kat "Senarai Bazar Ramadhan 2012". By the way, untuk hari ni lebih kurang 2000 pageviews untuk entri ni. Jom share pengalaman berbazar Ramadhan.

Sunday, July 22, 2012
Apa Ada di Bazar Ramadhan Taman Melawati
Semalam hujan, hari ni cuaca ok so pi le kat Bazar Ramadhan di Taman Melawati. Seperti biasa, mesti ada kurma kan, bermacam-macam jenis.
Tidak sah kalau tak ada air, memang bila tengok pelbagai jenis air buah-buahan, tak tahu yang mana satu nak pilih.
Ikan bakar sudah pasti menjadi pilihan pengunjung di Bazar Taman Melawati.
Ni le senarai harga. Paling mahal kat sini ialah ikan siakap bakar @RM26 yang bersaiz besar. Ianya lebih murah jika dibandingkan dengan ikan siakap bakar @RM40 yang dibeli oleh eyriqazz di Shah Alam.
Sedap juga nasi ayam kat sini.
Roti boom kalau makan panas-panas mesti sedap. Ada yang 60 sen dan ada juga yang berharga RM1 sekeping. Yang mana lagi sedap entahlah sebab banyak gak orang jual roti boom kat sini.
Pernah tak cuba makan stew, ada ayam, daging dan juga seafood.
Alamak tak pernah pula cuba dim sum ni, sedap ke?
Masa kitaorang pi, benda alah ayam golek ni belum masak lagi.
Manis pula karamel ni.
Selera ke nak makan otak-otak ni?
Ayam bakar ni sedapnya, RM4 satu ketul dan kalau beli 3 ketul @RM11.
Roti jala ni sedap juga
Air kelapa ni sedap ni boleh hilangkan dahaga.
Pernah makan tak buah tanjung ni, ini namanya tahi itik kan?
Jom kita tengok apa yang dibeli. Pertamanya adalah nasi ayam, ni khas untuk Afiqah @RM3.50.
Pas tu beli ikan bakar siakap. Beli yang kecil RM22. Perah limau ni sedapnya.
Ni pula ayam bakar @RM4. Beli seketul cukuplah. Kan membazir pula banyak-banyak.
Air kelapa @RM3 sedap ni campur ngan ais. Tapi tak boleh selalu minum air berais kan?
Ini nampak sedap, harap-harap memang sedap le. Beli RM1 aja untuk 3 ketul.
Kari ayam ni satu bekas @RM5, bolehlah makan untuk berbuka dan sahur pagi esok.
Roti boom ni beli 2 biji @60 sen satu.
Ni yang jenis sausage pas tu potong-potong kecil @RM3.
So memang ramai betul, tapi nasib baik sebab pergi awal. Tak sangka member blogger eyriqazz pun pi sana hari ni. Bacalah tulisan bertajuk "(Gambar) Bazar Ramadhan Taman Melawati Ampang".
Anyway hari ni belanja lebih kurang RM40+ untuk terjah Bazar Ramadhan Taman Melawati.

Subscribe to:
Posts (Atom)