Pages

Sunday, December 30, 2012

RM200 Rebat untuk Smartphone di Bawah RM500 Bermula 1 Januari 2013

Update: Mengikut berita yang saya dapat from TV3 (2 Januari 2013), belia boleh beli smartphone apa jua jenis or harga bagi mendapat rebat RM200, so ianya tidak terhad pada telefon pintar yang berharga RM500 ke bawah sahaja seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Rasanya ramai golongan belia yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun ternantikan pengumuman mengenai pemberian rebat sebanyak RM200 bagi pembelian smartphone yang mana sebelum ini diumumkan di dalam Bajet 2013.
Mengikut siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), permohonan boleh dibuat bermula 1 Januari 2013 bagi 1.5 juta belia, siapa cepat dia dapat ya. Yang ni layak bagi telefon yang berharga RM500 ke bawah. So selepas tolak rebat RM200, harga telefon pintar adalah maksimum RM300 aja.

Ni le senarai smartphone yang berharga RM500 ke bawah. Senarai ni berdasarkan maklumat sehingga 26 Disember 2012. Ianya akan dikemaskini oleh penyedia perkhidmatan dari semasa ke semasa.

1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610 (Microsoft Windows Phone 7.5 Mango @800 MHz processor)
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y (android 2.3.5 gingerbread @832 MHz processor)
21) Sony Xperia Tipo (android 4.0 ice-cream sandwich @800 MHz processor)
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

Syarat-syarat untuk memohon Pakej Komunikasi Belia adalah antara lain:
  • Umur 21 hingga 30 tahun
  • Pendapatan kasar tak lebih RM3,000 sebulan
  • Kalau tak melanggan khidmat jalur lebar, so kenalah berbuat demikian dengan penyedia perkhidmatan iaitu Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster. 
Pendapatan saya secara ringkas memang satu inisiatif yang baik walaupun ramai yang cakap apasal untuk telefon yang berharga RM500 ke bawah aja? Anyway kena mendalami matlamat ni iaitu untuk membantu golongan tertentu.

So sorry to say, maybe ramai yang tak setuju dengan saya, kalau mampu beli telefon yang mahal-mahal, rasanya mereka tak perlulah rebat RM200 kan? Satu lagi mengikut senarai jenis telefon yang boleh dibeli, i.e. Samsung Galaxy Y, Nokia Lumia 610 or Sony Xperia Tipo not bad juga. Samsung Galaxy Ace Plus tak bolehlah sebab retail price ialah RM699.

6 comments:

Unknown said...

igtkan semua belia dpt, rupanya sapa cepat die dapat... huhu2~

Nur Fauzi said...

cuma tak seronok 'part' kena langgan internet 3g itu saje. bertambah belanja bil bulanan.

nampaknye hasrat nak ambik rebat terpaksa dibatalkan.

siti hazreen said...

info yang bagus, tq ;)

eyriqazz said...

Macam ajak2 ayam je bro insentif ni...

hazman aka species1980 said...

rasanya next time better kerajaan bagi rebet tu plan data internet....itulah yang jadi beban jangka panjang...

Anonymous said...

salam , kalau nk beli smsung galaxy ace plus gune rebat 200 tu blh kn ? ace plus trmasuk dlm snarai kan ? n rebat ni akhir bila ya ?