Dapat tahu daripada sharingiscaring mengenai durian buffet kat Restoran Jejantas Sungai Buloh. Memang berita baik untuk penggemar durian. Tak tahu le durian apa ada kat sini, rasanya D24 sudah pasti. Kalau ada musang king OK juga kan?
Dengan hanya RM12 untuk seorang, bolehlah makan puas-puas. Ianya bermula kul 11.00 pagi, tak sure pula sehingga kul berapa. Kalau sampai malam, dok le situ ya, makan le satu bakul. Baru-baru ini saya pernah gak makan durian style ni kat Janda Baik semasa team building. Rasanya secara keseluruhan tak sampai kot 2 biji apabila campur tolak.
Berbalik pada durian kat Restoran Jejantas, ianya diadakan pada hari ini dan esok, 15-16 Disember 2012. So apa lagi, jangan lepaskan peluang ya.
2 comments:
yg ada kt rmh pn xlarat nk mkn
Kalau mkn ramai2 best jugak tu...
Post a Comment