Pages

Saturday, March 10, 2012

Mak Jah Corner Kuih Sedap @Ampang Jaya

Pernah tak breakfast kat Mak Jah Corner @No. 28, Jalan Kerja Air Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor? Ramai gak pengunjung semasa kami pi sana tapi memang dah lambat masa tu lebih kurang kul 11.00 pagi. Actually Mak Jah Corner dibuka setiap hari seawal kul 7.00 pagi sehingga 6 petang. Nak tahu lebih lanjut boleh call 012-2351827.

Ni le senarai harga untuk makanan yang boleh didapati kat Mak Jah Corner.

Tempat ni pernah dikunjungi oleh team Jalan-Jalan Cari Makan.

Memang kuih-muih kat sini sedap. Tapi benda alah wajik tu manis sangat2 dan macam mentah sikit. Kuih yang lain memang boleh tahan. My daughter, Afiqah suka sangat ngan kuih pelita (alah yang di dalam daun pisang).

hmmm, laksa biasa-biasa aja.

Mee kari OK le.
Kalau tak nak makan kuih, boleh cuba roti canai.

Memang masa pi banyak kuih dah habis. Nasi lemak yang menjadi sebutan ramai pun dah habis.

Kalau nak cuba bubur pun ada tapi sayang bubur jagung kegemaran sharinginfoz tak ada. Anyway kalau yang nak mencuba kuih-muih so apa lagi, jangan lupa singgah di Mak Jah Corner @Ampang Jaya.

8 comments:

ZaridaIshak said...

nampak sedap jer kuih pelita... ada setengahnya sebut kuih sampan..

Errah Najwa said...

mak jah corner belum mak jah cafe pernah ler..hehe

eelobor said...

perghhh...tepung pelita...sedap nyo. tak pernah sampai lagi ke sana tuh

Bo the Nerd said...

Kedai Mak Jah ni pernah keluar JJCM tu kan? Memang popular juga nasi lemak dia.

Mak Lagenda said...

mmg pernah tgk dlm JJCR aritu ada buat kat kedai kuih mak jah ni.

arekymz said...

rasa nye yg ada nasi ayam tu eh?
macam pernah je makan sana.
sedap jugak makanan tu.
yang lain tak pernah rasa lah pulak.
hehe.

sal ya said...

dah masuk JJCM mesti la fofular.

Shopaholic_Sinful said...

wajik mmg la macam mentah2.. dier keras2 sikit... n memang manis.. btw.. i will check out mak jah ni this weekend... :)