Pages

Wednesday, March 31, 2010

Free Annual Fees Kad Kredit Tapi Apasal Kena Bayar????

Pernah tak anda dengar masa promoter kad kredit nak "jual" credit card pada anda then dia cakap ambil le..... Annual fees ni free for life. Tapi bila sampai statement, ada pulak annual fees. Macam mana ni.....

Hmmmm, kes ni saya tahu daripada seseorang yang tak puas hati bila bank suruh dia bayar fi tahunan.

Apa-apa pun, make sure sebelum anda ambil mana-mana kad kredit anda baca dulu terms and conditions. Kalau tak tahu tanya le bank tersebut. Sebab ada small print cakap, macam, free subject tu anda berbelanja lebih 12 transaksi setiap tahun ataupun kena spend RM1,000 setahun dan macam-macam lagi....

So kenalah jadi pengguna berhemat dengan cari info sebelum anda membuat sebarang keputusan mengenai penggunaan kad kredit.

Danish Jadi Ketua Lampu dan Kipas

Macam biasa le selalu berborak dan bertanyakan hal sekolah Danish. Then semalam dia cakap sekarang ni dia jadi ketua lampu dan kipas. Aik, apa benda pulak. Tak tahulah pulak yang lampu dan kipas pun kena ada ketua.

Setahu aku kat sekolah ada ketua darjah setiap kelas. Rupa-rupanya Danish kena pastikan yang lampu dan kipas ditutup. Actually ada beberapa orang lagi jadi ketua benda alah tu....Entah apa-apa le pulak. So tanya le Danish lagi, habis tu siapa yang jadi ketua tandas ke ketua penyapu ke... Dia cakap mana ada....

Hmmmmm, macam-macam le.... Apa-apa pun, jadilah ketua apa-apa... Yang penting happy kat sekolah kan..

Guna Nombor Kat McDonald????

I am sure anda ada pengalaman bila pi aja bank ke, pejabat pos ke atau Jabatan Pendaftaran Negara, tentu anda ambil nombor giliran. Tapi pernah tak anda terfikir apasal kat McD tak ada nombor???

Yalah anda beratur pas tu pulak depan anda ada tiga orang. Tengah-tengah anda beratur bukak le pula satu kaunter baru, apa lagi anda pun pergi le kat sana, tengok2 anda nombor yang ke 5.. Hmmmmm, menyesal kan, kalau tahu macam tu baik tunggu kat kaunter tadi......

Apa-apa pun anda rasa praktikal ke kalau fast-food restaurant buat sistem nombor untuk beli makanan kat sana.....

Jom Carrefour Express: 24 Jam


Pernah tak anda beli barang kat carrefour express???? Hari tu saya baru aja pergi kat sana. Memang oklah sebab concept dia sama dengan 7-eleven tapi yang bagusnya, harga memang murah le. Tak macam 7-eleven memang harganya, faham-faham ajalah.

So apa lagi kalau ianya ada di kawasan anda, jangan malu-malu pi aja. Macam-macam ada.....

Tuesday, March 30, 2010

Ringkasan / Intipati Model Ekonomi Baru 2010 (Summary of New Economy Model 2010)

Model Ekonomi Baru telah dibentangkan di Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur pada 30 Mac 2010. Tiga prinsip yang ditekankan ialah berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman (inclusive). Dengan prinsip-prinsip ini ianya dapat memacu ekonomi Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya, meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantaau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti hidup secara menyeluruh.

Berikut ialah ringkasan / intipati Model Ekonomi Baru (MEB) / Summary of New Economy Model (NEM) yang dibentangkan pada 30 Mac 2010 di Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur:
  • Meningkatkan pendapatan tahunan per kapita sebanyak USD7,000 (RM22,806) kepada USD15,000 (RM48,870) dalam tempoh 10 tahun. Ianya dapat dilakukan dengan membangunkan sektor sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi

  • Pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi. Di samping itu, pekerja kolar biru akan menerima upah berdasarkan kompetensi yang mereka miliki dan prestasi diukur berdasarkan penigkatan antarabangsa. So lagi banyak kemahiran, tanggungjawab pun lagi besar dan buat kerja pun lagi baik dan berpendapatan tinggi

  • Pengurangan kebergantungan terhadap buruh asing yang tidak berkemahiran dan lebih focus kepada pekerja pelbagai kemahiran (multi-tasking worker) yang mana boleh meningkatkan produktiviti

  • Mengambilkira kesan pembangunan ekonomi terhadap persekitaran dan sumber asli.

  • Semua pihak / rakyat akan menikmati hasi kemakmuraan negara yang semakin meningkat. Oleh sebab itu, tidak ada seoraang pun akan terpinggir dalam menyumbang dan mengecapi hasil penjanaan kekayaan

  • Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik:
    1. Menyuburkan kembali sekto swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi
    2. Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing
    3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing
    4. Memperkukuhkan sektor awam
    5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran
    6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan
    7. Meningkatkan sumber pertumbuhan
    8. Memastikan pertumbuhan yang mapan
  • Pemodenan sistem pendidikan ke arah melahirkan tenaga kerja bertaraf dunia

  • Pembangunan dalam pasaran modal akan terus diperkukuh di dalam Pelan Induk Pasaran Modal Kedua yang sedang dirangka oleh Suruhanjaya Sekuriti

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk melabur lebih banyak aset di luar negara (sekarang 6%). dengan ini ia akan mempelbagaikan portfolio dan memberikan lebih banyak ruang domestik untuk penyertaan baru. Sekarang KWSP menguasai 50% daripada volume harian Bursa dalam pasaran ekuti dan bon tempatan.

  • Menjadikan Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) sebagai agensi promosi pelaburan yang lebih efektif dengan membuat perubahan drastik. Dengan itu, MIDA akan dikorporatkan untuk memberi lebih fleksibiliti untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja serta bakat. MIDA akan dikenali sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

  • Khazanah akan melupuskan 32% pegangan di dalam Pos Malaysia melalui dua peringkat proses pelupusan strategik
    1. Bermula serta-mertaa: kaedah urus tadbir korporat dan kawal seliaan yang sesuai akan dipatuhi. Perbincangan menyeluruh akan dilaksanakan mengambil kira; struktur kawal seliaan, penggunaan tanah Kerajaan dan kedudukan serta kebajikan pekerja
    2. Kerajaan akan menggariskan proses bidaan dan penilaian untuk memilih pemegang saham baru dengan taahap keusahawanan yang tinggi bagi memodenkan Pos Malaysia

  • Beberapa lot tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang, Jalan Lidcol, Kuala Lumpur akan ditender dan dibangunkan oleh sektor swasta

  • Kerajaan dan KWSP akan membentuk kerjasama bagi membangunkan 3,000 ekar tanah di Sungai Buloh sebagai hab baru bagi Lembah Klang. Pelaburan sebanyak RM5 bilion dijangka dapat memberi kesan positif kepada ekonomi

  • Kerajaan akan mengurangkan peranan dalam aktiviti-aktiviti persaingan secara langsung dengan sektor swasta. Kerajaan adalah di dalam proses mempertimbangkan langkah-langkah penswastaan bagi Percetakan Nasional Berhad, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio Sdn Bhd ada beberapa syarikat lain lagi

  • Petronas akan menyenaraikan dua subsidiari yang mempunyai prestasi baik di Bursa pada tahun ini. Ini dapat mengurangkan penglibatan Kerajaan dalam aktiviti perniagaan yang akan menggalakkan persaingan dalam ekonomi, pengambilan risiko dan merangsang pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan seterusnya memberi manfat kepada semuaa warga Malaysia

  • Kerajaan akan mengubah struktur polisi fiskal yang akan menaksir semula sistem subsidi yang wujud di Malaysia dan meluaskan punca kutipan hasil melalui cadangan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (goods and services tax: GST)