Pages

Sunday, August 5, 2012

Final Badminton Sukan Olimpik London: Lee Chong Wei vs Lin Dan 5 Ogos 2012

Update: Live Lee Chong Wei vs Lin Dan (Keputusan terkini): Lee Chong Wei kalah 1-2 kepada Lin Dan
  • Set pertama menyaksikan Lee Chong Wei mengalahkan Lin Dan dengan 21-15 dalam masa 26 minit.  Lin Dan agak tertekan dan beliau tidak membenarkan bulu tangkis untuk ditukar walaupun diminta oleh Lee Chong Wei.
  • Set kedua pula milik Lin Dan apabila Lee Chong Wei dikalahkan dalam masa 20 minit dengan 10-21
  • Set ketiga menyaksikan Lee Chong Wei kalah dalam masa 28 minit dengan 19-21.
Hari ini, 5 Ogos 2012, perlawanan final Sukan Olimpik London bagi perseorangan badminton di antara Datuk Lee Chong Wei vs Lin dan. Ianya akan berlangsung pada pukul 1 petang waktu UK or 8 malam waktu Malaysia. Perbezaan waktu di antara Malaysia dan UK adalah 7 jam, i.e. Malaysia cepat 7 jam.

I am sure ramai yang menantikan keputusan terkini perlawanan badminton final Lee Chong Wei vs Lin Dan. Ramai yang nak merasa aiskrim Baskin Robbins free ke?

Dengar khabar Lee Chong Wei akan dihadiahkan RM4 juta jika memenangi perlawanan malam ini. RM2 juta tunai dan RM2 juta dalam bentuk emas. Serba sedikit mengenai Lee Chong Wei dan Lin Dan.

Ikuti live Lee Chong Wei vs Lin Dan melalui TV1 pada pukul 8 malam.

2 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Jam 8 terpaksa gerak untuk cari barang untuk dibawa pulang ke teratak bonda esok....

Pss....nak jugak baskin robin hr rabu nie....go LCW....go LCW....

NUR said...

Semoga berjaya