Ramai yang tengah berdebat mengenai seksyen 114a yang bakal dimasukkan ke dalam Akta Keterangan. Pindaan 114a baru sahaja diwartakan dan telah dikuatkuasa pada 31 Julai 2012.
Ramai orang memberi pandangan negatif mengenai seksyen 114a kerana jika seseorang menggunakan nama anda atau samaran, dan post komen dalam internet or publish kat mana-mana, ianya secara automatik menganggap post tersebut adalah daripada anda, melainkan kalau kita dapat buktikan ianya bukan post daripada kita.
So kalau seseorang for example guna nama samaran sharinginfoz dan tulis komen negatif pada seseorang so komen tersebut boleh dianggap ditulis oleh sharinginfoz walaupun ianya ditulis oleh orang lain. Melainkan kalau saya dapat buktikan ianya bukan daripada saya. Satu kerja pula saya nak buktikan. Kalau dulu tulisan tersebut dianggap bukan oleh saya melainkan pihak tertentu dapat buktikan sebaliknya.
Ianya bertentangan dengan prinsip "innocent until proven guilty" atau "anda tak bersalah melainkan kalau ianya terbukti yang anda bersalah".
Boleh baca untuk maklumat lebih jelas mengenai seksyen 114a. So apa pandangan semua mengenai seksyen 114a ni?
3 comments:
seksyen ni sangat2 berat sebelah...benda ni berkait rapat sangat dengan politik...bila ada politik...pihak yang lain semuanya tak betul dan semuanya salah.yang jadi mangsa rakyat juga.... :)
harapnya sesuatu perlu dibuat untuk ubah
harap-harap akta ini dibatalkan. boleh ke ek?hehe
Post a Comment