Pages

Wednesday, August 15, 2012

Peraturan Masuk Bilik Komputer

Masa masuk bilik komputer kat rumah, ternampak tulisan kat white board. Ianya ditulis oleh my daughter, Afiqah yang berumur 8 tahun. Antara peraturan yang dikenakan oleh Afiqah bagi sesiapa yang masuk dan menggunakan komputer adalah:
  • Jangan buat itenet terlalu banyak. Contoh 30 kali. So kalau guna 29 kali sehari bolehlah kot.
  • Jangan downlow. Maybe Afiqah maksudkan jangan nak download kot. Ianya akan menyebabkan penggunaan perlahan.
  • Amaran jangan memazirkan kertas. Kan tak baik kalau kita banyak print, kena fikir alam sekitar ya.
Begitulah serba sedikit peraturan yang perlu diikuti kepada semua orang yang menggunakan bilik komputer ya.

5 comments:

Eyriqazz said...

bijak2....macam papanya....dia tujukan kat papa dia ke tu?

hazman aka species1980 said...

perghh.... memang tegas orangnya nie....

eelobor said...

hehehe.... bagusnya afiqah. memang kena latih anak2 agar sentiasa mematuhi undang2 & peratura. apatah lagi peraturan itu dia sendiri yang tetapkan....

HeNRieTTa JoSe said...

Sweet jew peraturan dia....hehehe....

Ckin Kembaq said...

pandai dia.. =)